Pages

Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

Wednesday, November 2, 2011

Early Birthday Doa :)

Daisypath Wedding tickers

  • Mood:
  • Listening to: Wonderboy - Tenacious D <--- Lagu tema Qi <3
  • Reading: -
  • Watching: American Horror Story Season 1
  • Playing:-
  • Eating: Nasi Lemak <-- Lagi 3 hari je nak majlis, sempat lagi melebarkan waistline ;p
  • Drinking: Coffee
Dalam 3 hari lagi umur saya akan meningkat setahun dan dengan izin Allah s.w.t, dalam 3 hari lagi juga status saya akan bertambah dari anak kepada anak dara orang dan bakal menjadi tunangan orang.

Perasaan saya bercampur-baur. Takut, nervous, risau, gembira, semua ada! Umur bertambah setahun maksudnya setapak lagi langkah menghampiri liang lahad (kalau ditakdirkan umur panjang :3) dan berubah status pula maksudnya....


This is the real steel deal.

Saya tak boleh ber-hu-ha sampai tak hengat dunia. Saya dah tak boleh buat keputusan sendiri tanpa berbincang dengan bakal suami. Saya bakal ada 2 keluarga & bakal bertambah adik-beradik. Saya kena belajar untuk lebih pandai mengambil hati bakal mertua dan ipar, kena lebih mendisiplinkan diri untuk mengurus rumahtangga, belajar untuk taat, lebih sabar & percaya sepenuhnya terhadap seorang lelaki yang bakal menjadi imam saya dunia akhirat serta ayah kepada bakal zuriat saya kelak.

Bersempena dengan hari ulangtahun kelahiran saya, dititipkan nota agar saya tidak lupa sertakan dalam doa-doa saya setiap hari dalam hari-hari yang mendatang.

1. Semoga Allah izinkan segala urusan & perancangan pernikahan saya dan En. Qi berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan atau halangan

2. Semoga Allah semarakkan lagi rasa kasih sayang di antara saya dan keluarga

3. Semoga Allah berkati usaha saya & Qi untuk membina masjid yang dipenuhi mawaddah, warrahmah dan sakinah.

4. Semoga Allah bukakan lagi pintu rezeki buat saya & Qi.

5. Semoga saya dapat membina kerjaya & kewangan yang lebih kukuh

6. Semoga saya dapat meneruskan pengajian saya & meneruskan cita-cita yang tidak kesampaian. Semoga target saya untuk memegang ijazah Masters sebelum anak kedua lahir bakal dimakbulkan oleh Allah

7. Semoga rakan-rakan baik saya & Qi yang masih bersendiri atau bujang bakal dipertemukan dengan jodoh yang baik, beriman dan berakhlak mulia dalam masa terdekat

8. Semoga ukhuwwah yang terjalin akan terus berkembang mekar dengan penuh kasih-sayang & barakah

9. Semoga ibubapa saya dipanjangkan umur dan sempat menimang zuriat-zuriat saya :)

10. Dan yang terakhir, semoga Allah lembutkan hati mereka-mereka yang pernah disakiti oleh saya samada sengaja atau tidak untuk memaafkan saya serta mereka yang pernah menyakiti atau bercakap tentang perkara yang fitnah tentang saya di dalam atau luar pengetahuan saya agar dilembutkan & dibersihkan hati mereka untuk kembali kepada Allah s.w.t serta terdetik di hati mereka untuk menyambung kembali silaturrahim yang putus. Saya tiada hak untuk berdendam atau marah kerana semua tu datang daripada Allah s.w.t :) Saya masih hidup & bernafas ni pun sebab izin Allah.

11. Saya berharap saya akan dapat lebih tekun & khusyuk beribadat.

InsyaAllah.

Kek Birthday impian saya:


Can i? hehe Mau kena pelangkung dengan mak ayah saya.

Any ways, sebelum saya stop menulis entri ni, terimalah satu quote:

Hehehehe

Lots of Love
Diyana

Tuesday, October 25, 2011

Saya masih hidup...tak mati lagi,...DX

  • Mood:
  • Listening to:Transformers 3 DOTM's Original Score oleh Steve Jablonsky (sambil berangan yang Dino (movie) @ Mirage (comics) si Ferrari merah dari DOTM itu adalah pet robot saya haha)
  • Reading: Buku Panduan Perkahwinan
  • Watching: Modern Family Season 1-3 & Looping Transformers 3 :3
  • Playing: Tak ada masa nak main apa2 Lol
  • Eating: Junk food :p
  • Drinking: Teh bleargh
Assalamualaikum kawan-kawan blogger sekalian,

Apa khabar semua? Harap2 semuanya sihat dan berada di bawah limpahan rahmat oleh Allah s.w.t. Biasa kalau orang dah jarang update blog mesti sebab sakit atau ajal dah sampai heehee Saya minta maaf saya dah lama tak berkongsi cerita hidup di blog ni sebab saya terpaksa M.I.A sejak sebulan lebih yang lalu kerana -

1) Sakit : Tonsil saya membengkak balik dan the last infection adalah infection yang paling teruk pernah saya kena sejak saya ada tonsilitis condition since 15 years ago. Patutlah seminggu lebih saya batuk tak henti-henti and waktu malam saya sesak2 nafas. Doktor cakap kedua-dua side tonsil saya dah bengkak teruk sampai hampir menutup saluran pernafasan saya T__T Terus2 dia prescribekan saya antibiotik yang berharga RM80 sepapan. Dia pun recommendkan saya untuk remove terus. Saya takut duduk wad seminggu. Takut ada parut surgery. Tapi kalau tak buang nanti tiap2 bulan saya kena bayar RM130 untuk ubat semata-mata >__<;;;;;;; Tengoklah macamana. InsyaAllah 2-3 bulan sebelum nikah nanti saya remove *sigh* Doakan saya tak sakit balik ye?

2) Persiapan tunang : Sebelum ni, hanya family & rakan-rakan terdekat je yang tahu bahawa tarikh saya bakal direserved oleh keluarga Qi bakal hampir sejak dari dirisik pada 25 September yang lalu. Jadi saya kena berhempas-pulas material-hunting sebab mak ayah saya jenis yang nak ringkas dan cepat macam mee segera but bila difikirkan balik, this is going to be a historical, important day for me takkanlah saya nak buat tunang gaya koboi. Dan 5 November tu juga adalah hari lahir saya yang ke 2X <--- (hahaha tak nak reveal usia sebenar :P) Sebab tu saya nak gunakan alasan tu untuk menjemput kawan-kawan2 rapat & sepupu2 yang jauh dan lama tak jumpa untuk sama2 berkumpul di rumah ayah saya pada hari tu. Dalam hati saya sedih sikit sebab mak saya anggap hari tu seolah-olah obligation pada dia dan bukan benda yang patut diraikan oleh semua ahli keluarga. Mom, you've missed celebrating 10 years of my birthdays, for this year, just this year i want to be able to feel special for once.

Jadi, asal lunch break di ofis ataupun lepas kerja merayaplah saya di sekitar Sogo & Jalan Tuanku Abdul Rahman untuk survey2 harga barang & membeli apa sahaja yang patut. Untuk pertunangan saya, saya banyak guna teknik 'testing the waters'. Mungkin saya terbelanja lebih, mungkin terkurang tapi apa pun outcome dia, asalkan semuanya berjalan lancar. Saya tak ada banyak DIY sebab tak berani lagi tapi adalah cuba custom-make alas dulang hantaran saya buat pertama kalinya.

Hasil kerastangan saya semenjak minggu lepas :











Buruk Tapi sebab trial and error tu dapat dilakukan, saya boleh tahu kat mana boleh saya perbaiki lagi =) Ia, ianya ter'congek' @ ter'angkat' sikit sebab beads tu saya tarik rapat2 ;__; *noob mistakes* haish...So far, hari ni baru siap 1 -__- But since esok cuti Diwali, maka saya berazam untuk menyiapkan semua alas tersebut. Insyaallah.

Dalam nak buat persiapan ni, banyak yang saya belajar. Setiap girls memang ada impian masing-masing but when it's about time it happens, percayalah bahawa ianya tak akan menjadi seperti yang diharapkan. At least tak 100%. Especially kalau ada antara B2B yang mempunyai emak yang diktatorian =__= Sabar jelah ye? Apa yang saya boleh sarankan adalah biarlah dia decide apa yang dia nak and kalau dia tak nak support pilihan kita, kita buat jelah sendiri =\ Kes saya nak sambut birthday lepas majlis tunang dah selesai pun dia cakap dia malas nak buat apa2 kerja pun. Takpelah mak, saya dah nak kahwin, biarlah saya masak sendiri, hidang, serve, layan tetamu-tetamu saya, kemas & cuci pinggan sendiri. **Ada ke chef-for-hire untuk satu hari?

Bila nak berbicara pasal persiapan pertunangan ni, buat saya rasa . Nak baling organizer saya ke dalam laut sebab rasa semua research yang saya kumpul tu sia-sia je sebab mak saya sikit pun tak pernah tanya isi hati saya. Cth: "Mak, anna nak beli sejadah buat hantaran. Mak tahu tak kat kedai mana ada jual yang cantik-cantik?", dengan penuh harapan saya bertanya. Kemudian, mak memberikan pandangan yang meridiculekan saya dan membalas dengan, "Mydin kan ada." Seriously? Saya tahu kita tak nak membazir tapi seriously kat Mydin? ini anak nak kahwin bukan nak buat costume party. Why mak? Why? Seorang mak kalau dia tak cakap "Takpelah, mak tolong belikan" at least dia secara natural-nya akan menjawab "Cuba tengok kat area Jalan TAR tak pun Sogo ke. Mak tak sure tapi kalau ada, mak bagitau @ tolong belikan." Feels like i'm all alone in preparing for a supposedly special day in my entire lifetime. I always know she never really loved me but sampai macam tu sekali kedudukan saya dalam hidup dia. Saya tak mahu kongsi banyak sangat but benda kecil itulah yang berulang banyak kali hampir setiap hari di rumah. Berat mata membaca, berat lagi bahu yang memikul. *sigh* Saya cuma nak nikah je senang. Tapi...entahlah.....Allah sahaja yang lebih mengetahui. Nak kahwin memang seronok tapi kalau anda ada salah seorang mak ayah yang bersikap macam ni, keseronokan tu mula hilang hari demi hari.

Doorgift cuma dah siap penyediaan content sahaja sebab bekasnya baru dapat diambil Jumaat ni.

Doakan segala persiapan saya berjalan lancar ye sahabat-sahabat di luar sana? *hugs*

Mulai esok, tinggal 10 hari saja lagi. Damn.

Salam Sayang.

Thursday, April 8, 2010

+ Sony Expo & Qi's Birthday +

Hari Sabtu yang lepas (3rd April) Anna & Qi dapat invite ke Sony Expo di Midvalley Exhibition Center (MVEC). Ada banyak aktiviti-aktiviti kat ekspo tersebut seperti promosi barangan digital Sony dan juga tidak ketinggalan, Sony Cosplay Competition. Pada awalnya, Qi & Anna memang nak turut serta bertanding tapi hasrat dibatalkan atas sebab2 yang tidak dapat dijangkakan. Tapi kami masih juga pergi untuk memberikan sokongan pada teammates Resident Evil kami, Chris Redfield (Fahimi) dan Sheva Alomar(Yuo-chan).

~Vogue kan?~ Yuo sebagai Sheva Alomar dari Resident Evil 5



Dalam berjalan-jalan sambil menunggu Nanu sampai, kami terjumpa dengan seorang adik yang bawa pet cat-nya ke expo tu. Kucingnya tu nama Mimi tapi dia tu kucing jantan sebab dah kena 'potong' 8D Tapi comel kan Mimi ni?



~Fara & Kids, anak-anak dara yang bergaya hebat di Sony Ekspo~ =D


Bila Nanu dah sampai dalam pukul 1 lebih, Anna, Qi, Fara, Kids, Beat, Kuro, Aiko & Dyrenz pun gather kat depan entrance sebelum bergerak ke Redbox di The Gardens sebab kami nak buat suprise birthday buat Qi. Sesi karaoke kami bermula pada pukul 3 dan Shaun (Hisa) pun turut join we all sekitar pukul 3.30 ptg. Jenuh jugalah kami menyanyi dalam bilik karaoke tu selama 4 jam tapi siap ada buffet and all. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Puas hati!

~Lihatlah gaya anak-anak teruna mendendangkan lagu Backstreet Boys. Macam "high" je semua 8D~


Terima kasih yang tak terhingga pada Nanu, Fara, Kids, Beat, Aiko, Dyrenz, Hisa & Kuro kerana sama-sama membantu Anna menjayakan surprise outing + birthday celebration untuk Qi. Kepada Qi tercinta, kami semua sayangkan Qi. Semoga tahun ini dan tahun-tahun yang akan datang membawa lebih banyak kegembiraan & kejayaan untukmu. Anna sangat gembira sebab berjaya buat Qi happy sangat2! InshaAllah, hari lahir tahun depan pasti akan lebih meriah =)