Pages

Showing posts with label kerastangan. Show all posts
Showing posts with label kerastangan. Show all posts

Tuesday, October 25, 2011

Saya masih hidup...tak mati lagi,...DX

  • Mood:
  • Listening to:Transformers 3 DOTM's Original Score oleh Steve Jablonsky (sambil berangan yang Dino (movie) @ Mirage (comics) si Ferrari merah dari DOTM itu adalah pet robot saya haha)
  • Reading: Buku Panduan Perkahwinan
  • Watching: Modern Family Season 1-3 & Looping Transformers 3 :3
  • Playing: Tak ada masa nak main apa2 Lol
  • Eating: Junk food :p
  • Drinking: Teh bleargh
Assalamualaikum kawan-kawan blogger sekalian,

Apa khabar semua? Harap2 semuanya sihat dan berada di bawah limpahan rahmat oleh Allah s.w.t. Biasa kalau orang dah jarang update blog mesti sebab sakit atau ajal dah sampai heehee Saya minta maaf saya dah lama tak berkongsi cerita hidup di blog ni sebab saya terpaksa M.I.A sejak sebulan lebih yang lalu kerana -

1) Sakit : Tonsil saya membengkak balik dan the last infection adalah infection yang paling teruk pernah saya kena sejak saya ada tonsilitis condition since 15 years ago. Patutlah seminggu lebih saya batuk tak henti-henti and waktu malam saya sesak2 nafas. Doktor cakap kedua-dua side tonsil saya dah bengkak teruk sampai hampir menutup saluran pernafasan saya T__T Terus2 dia prescribekan saya antibiotik yang berharga RM80 sepapan. Dia pun recommendkan saya untuk remove terus. Saya takut duduk wad seminggu. Takut ada parut surgery. Tapi kalau tak buang nanti tiap2 bulan saya kena bayar RM130 untuk ubat semata-mata >__<;;;;;;; Tengoklah macamana. InsyaAllah 2-3 bulan sebelum nikah nanti saya remove *sigh* Doakan saya tak sakit balik ye?

2) Persiapan tunang : Sebelum ni, hanya family & rakan-rakan terdekat je yang tahu bahawa tarikh saya bakal direserved oleh keluarga Qi bakal hampir sejak dari dirisik pada 25 September yang lalu. Jadi saya kena berhempas-pulas material-hunting sebab mak ayah saya jenis yang nak ringkas dan cepat macam mee segera but bila difikirkan balik, this is going to be a historical, important day for me takkanlah saya nak buat tunang gaya koboi. Dan 5 November tu juga adalah hari lahir saya yang ke 2X <--- (hahaha tak nak reveal usia sebenar :P) Sebab tu saya nak gunakan alasan tu untuk menjemput kawan-kawan2 rapat & sepupu2 yang jauh dan lama tak jumpa untuk sama2 berkumpul di rumah ayah saya pada hari tu. Dalam hati saya sedih sikit sebab mak saya anggap hari tu seolah-olah obligation pada dia dan bukan benda yang patut diraikan oleh semua ahli keluarga. Mom, you've missed celebrating 10 years of my birthdays, for this year, just this year i want to be able to feel special for once.

Jadi, asal lunch break di ofis ataupun lepas kerja merayaplah saya di sekitar Sogo & Jalan Tuanku Abdul Rahman untuk survey2 harga barang & membeli apa sahaja yang patut. Untuk pertunangan saya, saya banyak guna teknik 'testing the waters'. Mungkin saya terbelanja lebih, mungkin terkurang tapi apa pun outcome dia, asalkan semuanya berjalan lancar. Saya tak ada banyak DIY sebab tak berani lagi tapi adalah cuba custom-make alas dulang hantaran saya buat pertama kalinya.

Hasil kerastangan saya semenjak minggu lepas :











Buruk Tapi sebab trial and error tu dapat dilakukan, saya boleh tahu kat mana boleh saya perbaiki lagi =) Ia, ianya ter'congek' @ ter'angkat' sikit sebab beads tu saya tarik rapat2 ;__; *noob mistakes* haish...So far, hari ni baru siap 1 -__- But since esok cuti Diwali, maka saya berazam untuk menyiapkan semua alas tersebut. Insyaallah.

Dalam nak buat persiapan ni, banyak yang saya belajar. Setiap girls memang ada impian masing-masing but when it's about time it happens, percayalah bahawa ianya tak akan menjadi seperti yang diharapkan. At least tak 100%. Especially kalau ada antara B2B yang mempunyai emak yang diktatorian =__= Sabar jelah ye? Apa yang saya boleh sarankan adalah biarlah dia decide apa yang dia nak and kalau dia tak nak support pilihan kita, kita buat jelah sendiri =\ Kes saya nak sambut birthday lepas majlis tunang dah selesai pun dia cakap dia malas nak buat apa2 kerja pun. Takpelah mak, saya dah nak kahwin, biarlah saya masak sendiri, hidang, serve, layan tetamu-tetamu saya, kemas & cuci pinggan sendiri. **Ada ke chef-for-hire untuk satu hari?

Bila nak berbicara pasal persiapan pertunangan ni, buat saya rasa . Nak baling organizer saya ke dalam laut sebab rasa semua research yang saya kumpul tu sia-sia je sebab mak saya sikit pun tak pernah tanya isi hati saya. Cth: "Mak, anna nak beli sejadah buat hantaran. Mak tahu tak kat kedai mana ada jual yang cantik-cantik?", dengan penuh harapan saya bertanya. Kemudian, mak memberikan pandangan yang meridiculekan saya dan membalas dengan, "Mydin kan ada." Seriously? Saya tahu kita tak nak membazir tapi seriously kat Mydin? ini anak nak kahwin bukan nak buat costume party. Why mak? Why? Seorang mak kalau dia tak cakap "Takpelah, mak tolong belikan" at least dia secara natural-nya akan menjawab "Cuba tengok kat area Jalan TAR tak pun Sogo ke. Mak tak sure tapi kalau ada, mak bagitau @ tolong belikan." Feels like i'm all alone in preparing for a supposedly special day in my entire lifetime. I always know she never really loved me but sampai macam tu sekali kedudukan saya dalam hidup dia. Saya tak mahu kongsi banyak sangat but benda kecil itulah yang berulang banyak kali hampir setiap hari di rumah. Berat mata membaca, berat lagi bahu yang memikul. *sigh* Saya cuma nak nikah je senang. Tapi...entahlah.....Allah sahaja yang lebih mengetahui. Nak kahwin memang seronok tapi kalau anda ada salah seorang mak ayah yang bersikap macam ni, keseronokan tu mula hilang hari demi hari.

Doorgift cuma dah siap penyediaan content sahaja sebab bekasnya baru dapat diambil Jumaat ni.

Doakan segala persiapan saya berjalan lancar ye sahabat-sahabat di luar sana? *hugs*

Mulai esok, tinggal 10 hari saja lagi. Damn.

Salam Sayang.

Wednesday, July 27, 2011

B2B Notes: Deko Meja #01- Buat-sendiri-lah @ Do-It-Yourself heehee

**Ya, saya tipu. Saya janji nak cerita pasal 'baby' baru tapi saya tak sempat snap gambar lagi T____T**
Kredit Sumber: yourweddingcompany

Salam semua, post kali ini adalah untuk berkongsi idea DIY yang saya terjumpa di internet. Terima kasih yang tak terhingga pada Sis Xora yang telah banyak memberi inspirasi pada saya untuk belajar & mencuba beberapa DIY items yang mungkin boleh diguna-pakai di hari-hari keramaian tak kiralah apa jua event sekalipun. But coretan hari ni lebih bertumpu kepada deko centrepiece untuk meja pengantin.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti:

  • Pasu Kaca/Gelas Kaca - 4" (1 )
  • Bunga Ros Palsu - Sedang-sedang saiz, ikut warna kegemaran atau tema anda (3 )
  • Gelas Minuman kecil (6 )
  • Scented candles - Apa-apa warna pun boleh (6 )
  • Kelopak bunga ros palsu yang telah diceraikan - Putih dsbg. (20-50 )
  • Riben Satin - #5 (38 inci)
  • Gunting yang tajam
  • Hot Glue Gun
  • Wire Cutters
  • Moss Hijau
  • Span Florist (yang warna hijau)
  • Measuring Tape atau Pembaris
Cara-cara nak membuat boleh diikuti rentetannya di page sumber, yourweddingcompany.

Jom mencuba! Bila saya dah siap try saya punya hasil, saya akan share di post yang lain ;D Weekend ni saya pergi cari barang nak buat heheh See you next post, chicas~ <3

Wassalam.

(P/s: Ucapan tahniah pada kakak Qi, Syara yang baru sahaja selamat melahirkan puteri sulung beliau yang dinamakan Alayna Zahra binti Adam Adham pada 25 Julai 2011 yang lalu. BarakAllah, Sis!)

Sunday, May 9, 2010

+ Selamat Hari Ibu SeDunia! +

Salam semua~!

Hari ni, 9 Mei 2010, merupakan Hari Ibu SeDunia. Semua anak-anak serta suami menjadikan hari ini hari yang teristimewa sebagai mengingati para ibu dan juga isteri mereka di atas pengorbanan dan kasih sayang yang telah dicurahkan oleh serikandi hati mereka =) Ibulah yang mengandungkan, melahirkan dan membesarkan kita dengan penuh kesabaran. Bagi para suami, isterilah ratu hati anda yang telah mengandungkan, melahirkan, membesarkan, memberi makan, menjaga kesihatan dan keselamatan zuriat2 anda. Walaupun Anna masih belum bergelar isteri jauh sekali seorang ibu, namun Anna memahami & mengerti kehebatan seorang wanita yang bergelar bonda. Dilahirkan oleh seorang ibu kandung, dibesarkan selama empat tahun sebelum beliau dijemput Ilahi ke rahmatullah dan kemudian dibesarkan pula oleh seorang ibu tiri yang tidak pernah menganggap Anna serta adik-beradik sebagai orang asing, malah sudah dilihat sebagai anak2 sendiri semenjak hari pertama emak mengahwini ayah kami =) Pengorbanan Emak dan arwah Mummy, hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Apa yang kami adik-beradik terdaya lakukan, kami akan sedaya-upaya memberikan yang terbaik serta menjaga & menyayangi Emak dan Daddy selagi kami bernafas di muka bumi ini.

Hari ini, Anna telah berusaha membuat home-made card yang dibuat dari extra barang2 props & accessories Anna untuk emak. Anna rasa kad yang Anna buat ni tak cantik langsung ;w; tapi Anna harap Emak suka sebab Anna buat dengan penuh rasa kasih sayang. Anna juga ada hadiahkan emak buku mengenai Aminah a.s, ibu junjungan teragung Nabi Muhammad s.a.w. Beliau merupakan contoh srikandi Islam dan ibu yang terhebat jasanya kerana beliau telah banyak berkorban di dalam mengandungkan & melahirkan Rasulullah, manusia yang paling mulia di dunia ini.


Buku tulisan Ezee Rahmani dan "props & tools" yang terlibat sepanjang pembikinan~ Ohohoho
Dah siap dibalut! Tinggal bubuh riben~ =3
Kad yang sangat simple, tulisan digunakan 3D paint (Maaf tulisan saya sangat gagal bila menggunakan 3D paint tersebut >__<)
Letak lace~ =3
Ta-Da! Dah siap~ Wee! X) Harap2 Mak suka! =3 (walaupun tulisan saya senget ;____;)


Buat ibu-ibu, serta bakal ibu yang Anna kenal, Selamat Hari Ibu! Anna tujukan lagu evergreen dari Aishah ini untuk anda semua~ Jadi marilah kita bersama menghayati. Kalau kita jarang menangis, hari ini, rendahkan diri untuk mengenangi pengorbanan seorang ibu. Kerana Allah s.w.t telah berfirman bahawa Syurga itu di bawah telapak kaki Ibu. Amin. Mari kita sayangi dan berbakti pada ibu2 kita selagi kita masih berkesempatan.


Terima Kasih Emak. walaupun Anna tak banyak berbicara dan berkongsi dengan emak, namun Anna tahu kita menyayangi satu sama lain dengan cara tersendiri. You're my bestestfriend in your own way! i love you Mum! So much! Semoga Allah memberkati Emak dengan lebih banyak kebahagiaan, kasih sayang dan kejayaan di dunia & akhirat. When i become someone's wife & mother in the near future, i want to be just like you! So loving, so patient, so devoted. InshaAllah~ =)