Pages

Showing posts with label wedding. Show all posts
Showing posts with label wedding. Show all posts

Tuesday, November 15, 2011

A very Barbie wedding ;D

"You're really doing it, aren't ya? You're shitting in the street!"- Annie, Bridesmaids (2011)

  • Mood:
  • Listening to: Maroon 5's Moves Like Weske- Jagger
  • Reading: Goddess of Troy by P.C Cast
  • Watching: Once Upon A Time S01 E04
  • Playing: -
  • Eating: i'm on Weight Watch ;p <-- so not true
  • Drinking: Nothing. Because the office has no more stocks for the drinking water dispenser *rage*
Siapa ada patung BabiBarbie masa kecik-kecik dulu? i don't hehe Sebab my dad tak bagi. Funny thing is, tunang saya yang bagi my first Barbie doll- which is Disney Princess punya edition untuk birthday saya tahun lepas xD Sampai sekarang tak pernah keluarkan dari kotak. Duduk je atas display rack <3

By the way, pada pandangan saya, sebelum wujudnya Blythe atau Dream Of Dolls, patung Barbie dari Mattel ni merupakan significant beauty icons (with illogical body measurements to achieve without plastic surgery lol) yang terawal untuk kebanyakan little girls di luar sana. Dari Fashion Fever, Fairy Tale ke Barbie Careers, macam-macam jenis line dah Mattel keluarkan untuk Barbie Dolls ni.

Dulu-dulu main patung je, dah besar sikit ada yang suka main dress up *guilty as charged hehe* Dressing up as Barbie selalunya menjadi fixation bagi little girls yang suka dengan warna pink tapi sudah wujud idea untuk para B2B yang berminat nak applykan tema Barbie Wedding kalau mereka hardcore Barbie fan booyah! But trust the Japs to come up with weird, eccentric ideas like this.

Quoting Bridalwave : "Home to Hello Kitty, they (the Japanese) do love they cutesy cosplay outfits so it comes as no surprise that there is a Barbie Bridal collection. Actually the 2011 collection is the SIXTH line!" <--- Eh What? Since When? DX *phail*

Cantik dan classy!
Ken sedang mengstalk ' bini'nya 8D Muka dia sangat tak boleh 'blah' hehe
"With lots of fluffy tulle, Jordanesque pinkness and big skirts – Big Fat Gypsy Wedding style. We also spot a ‘Ken Groom’ in the background so you can get the whole Barbie experience." <-- The Ken looks tolerable than the "real" Ken doll :p Muka model ni macam Christiano Ronaldo satu side, Darren Criss satu side. Ciss. Marketing strategy yang bagus. Para aweks di luar sana takkan mampu melawan keinginan untuk membeli, paling kurang pun buat wallpaper ahaks 8)

Yang bagusnya, based on the designs, you don't need to have super skinny waist & humungous boobs to fit in those lovely dresses ;) But tak sure pula saiz apa yang available @_@

Menurut Bridalwave juga, bridal line ini hanya boleh didapati dari Kurudia di Jepun. Saya rasa Kurudia bukanlah nama tempat tapi fashion brand di sana. i think. Dah try Google, tak jumpa DX. Kalau salah, tolong betulkan!

Check kat E-Bay, pun tak available hmm...Tapi bagi sesiapa yang teringin nak pakai baju macam di atas masa wedding, boleh je tunjuk reference kat mana-mana bridal tailor, dapatkan advise jenis kain apa yang sesuai (macam duchess satin ke, bridal satin biasa ke), beli kain & hantar minta diorang jahitkan ;) Rasa-rasa kalau cakap nak buat costume instead of baju kahwin, dia punya rate boleh dapat murah lagi kot :p *berdasarkan pengalaman saya sebagai seorang mantan cosplayer*

Till next entry!

Lots of Love,
Diyana

Footnote: Review majlis tunang akan dikongsi dalam 2-3 hari ni. Saya terpaksa siapkan translation, final report & bersiap-sedia untuk assignment consultancy yang baru memandangkan saya akan jadi penganggur balik menjelang hujung bulan ni unless saya terima assignment tu :3: If not, no money, no wedding >___<

Friday, November 11, 2011

Inspirasi Perkahwinan: Weds-in-Fictions [Anime-tion & Games]

  • Mood:
  • Listening to: Chris Brown (for now)
  • Reading: La Tahzan Hard Cover <--Daliza bagi hadiah tunang+birthday *w*
  • Watching: American Horror Story Season 1 Episode 5
  • Playing: Nothing
  • Eating: Hantaran Chocolates ;p
  • Drinking: Barley coffee
Mood kahwin dah mula menyala padahal baru je nak genap seminggu bertunang xD Sambil berlayar-layar di lautan internet mencari inspirasi design-design, tiba-tiba teringat yang adalah beberapa series fictions (games & animes) yang saya pernah tengok & ikuti sebelum ni ada featurekan weddings.

Dari saya sekolah rendah lagi memang minat dengan manga & anime. Itupun minat tu datang sendiri sebab masa saya darjah 5 dulu, cerita SailorMoon mula disiarkan kat MetroVision. Comics House pun dah mula translate manga dia dari bahasa Nippon ke Melayu. Kirim kat classmate tolong belikan & then rajin jalan-jalan dengan kakak saya di Kotaraya sebab masa tu kat situ banyak sangat kedai2 yang jual barang-barang anime old school ;0 SailorMoon merupakan series shoujo saya yang pertama. Manakala Comic artist yang bertanggungjawab dalam menarik minat saya kepada manga shounen pula adalah Ma Wing Shi & Tony Wong hehe Siapa yang tak pernah tahu & baca Alam Perwira, Juara Wira & Dewata Raya, memang rugi kot :p

Namun, menyentuh pasal video games pula, saya mula bermain di konsol pertama yang abang saya beli masa saya umur 6 tahun iaitu SEGA Genesis. Game first saya suka main: Golden Axe 1 & 2. Tyris Flare memang heroin VG pertama saya suka sampailah saya kenal Trish dari Devil May Cry & Claire Redfield dari Resident Evil selepas lebih 15 tahun.

Saya dah lama tinggal tengok anime-anime ni, lepas samada cerita dia dah mula tak best, heroin favorite saya sudah tiada (mati atau storyline habis), cerita dah mula mengarut ataupun sebab dah jadi overrated. Tapi seingat-ingat saya, ini adalah beberapa wedding dress yang memorable dalam anime sebelum ini:

Love Hina - Keitaro & Naru's Wedding

Pink-tinged matching outfits. So romantic!
Rosario Vampire - Moka Akashiya

Fitted design dengan simple ruffles with gloves. Traditional yet easy on the eyes :)

Cover manga Volume 6

Code Geass - Euphemia

Tak sure ini canon version atau tak tapi dress yang dual tone (cream + white) ni pun sesuai dipakai masa wedding

Dan yang paling memorable semestinya:

SailorMoon - Usagi & Mamoru

Rose-themed white dress & coat Mamoru punya design sangat cantik. IDEA! *ting*

Bersama bridesmaids a.k.a Sailor Senshi yang lain

Dalam games pula, ada beberapa wedding scenes yang boleh menyentuh perasaan walaupun game jenis action adventure ;)

FFX - Yuna & Seymour

Walaupun tak sempat kahwin tapi scene di altar tu memorable sangat sebab Tidus datang untuk halang wedding tu :p Seymour walaupun jahat tapi muka dia handsome xD Kenapa VG villains kebenyakkannya muka tampan, badan segak (macam Wesker)? They made it hard for us to hate them. Damn :p

Lagi design baju pengantin Yuna Braska dalam game FFX

FFXII - Ashe & Rasler **kot...x ingat nama husband dia haha


Lagi concept design untuk pasangan ni. Dari sketches pun dah boleh agak detailings outfit macamana OwO

Dan pasangan yang terakhir sekali (buat masa ni),

Metal Gear Solid 4 - Meryl & Johnny Sasaki

Diorang ni couple favorite saya dalam MGS kerana scene Meryl yang melamar Johnny ketika dalam crossfire telah meng-OWNed love scene EVA & Snake secara tidak langsungnya haha

Okaylah, setakat ini sahajalah yang saya dapat kongsikan. Kalau ada idea lagi, saya sambung dalam entri lain. Kalau sesiapa ada idea nak kongsi, silalah holler di box bawah ;)

Till next entry.

Lots Of Love,
Diyana