Pages

Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

Thursday, July 7, 2011

Flattery on Vanity is my weakness...DAMN

**Sekadar gambar hiasan. Saje letak. Sebab badan Freida Pinto gila kecik o__o
Salam dear readers,

Pejam celik, pejam celik, dah Khamis rupanya. Today is Thursday a.k.a Thor's Day haha Hujung minggu bakal menjelma pula. So apa plan hujung minggu ni? Tengok Transformers atau Mr. Popper's Penguins? If you guys are, dang i'm so jealous. I haven't been to the cinemas for a month already! Ini semua gara-gara fundings yang masih belum siap diproses oleh En. Finance di Wisma UN ni *sob*sob* Oh cepatlah, cepatlah sampai rezeki ;__;

(Gambar Freida Pinto di sebelah hanyalah hiasan je. But serious kecik badan dia orz)

Saja je nak kongsi satu cerita yang berlaku masa lunch break tadi. It's all about the power of a salesperson's persuasion atas seorang manusia yang lemah like yours truly. Pagi tadi plan nak pergi Sogo masa lunch break, nak beli coffee buat penahan ngantuk di ofis and masa jalan2 tu, lalulah kat aisle cereal. Ada this one lady tengah promote this Yogood Muesli Bars and Muesli Toppings for Breakfast. Saya dah nak pergi cashier untuk bayar, the Aunty panggil and hulur promo tray di tangannya itu. Saya pun ambiklah try perisa epal punya. Sedap so, ingat nak ambil satu kotak. Aunty tu pujuk punya pujuk, promote2 namun saya masih tidak goyah. Dah nak lari pergi kaunter bayaran ekspres dah sehinggalah Aunty tu cakap, "You're quite slim. You should maintain your figure. The oats in this muesli bar can help absorb the oils from the regular food you eat." ORLY? Nak bodeklah tu, macam tau-tau je, tuan empunya badan dah sebulan lebih tak workout.

Dan damn, saya telah gagal. Akhirnya, bukan 1 malah 2 kotak Muesli Bars tersebut telah selamat saya beli hasil daripada pujukan Aunty promoter tu. Jadi kalau anda nak buat sale, you have to make that person feel good about themselves hah.

Dahlah kena berjimat sampai minggu depan. I am a sucker. I hate flattery and i fool no one but myself in the end =_____=

Tapi Muesli tu gila sedap. Dan itulah yang terpaksa menjadi breakfast saya sampai minggu depan sebab duit tinggal sikit. FUUUUUUU......

p/s: Sesiapa yang teringin nak tengok and survey Perodua MyVi baru depan mata, they all tengah buat promo dekat Pertama Complex sekarang. Dekat entrance menghadap Jalan Raja Laut. Sekian, wassalam.

Thursday, April 8, 2010

+ Tuesday Treats +

Hari Selasa hari tu, my bestie, Nanu gave me an awesome, awesome surprise treat from Sun Moulin. The bakery at Isetan~ Lihatlah betapa cantik & menyelerakan kek jem strawberi yang comel ni. Siap ada krim putar dan hirisan buah strawberi segar kat atas tu.

Waaah~


Ceng~ceng~ceng~


*w* Sangat best!


Inti jem yang sangat sedap~ yummm~ =D


Terima kasih banyak-banyak for the wonderful surprise Nanu! *heart* you so much!

Kemudian, pada awal hari Selasa tu, Qi kata dia ada surprise buat Anna. Ingatkan surprise apa rupa-rupanya dia bawa Anna pergi tayangan khas cerita Date Night di One Utama. Dibintangi oleh pelakon-pelakon komedi Hollywood yang terkemuka seperti Steve Carell & Tina Fey. Sebenarnya, dari 2 minggu lepas lagi kami patut pergi tengok movie ni tapi sebab Anna tersalah tengok tarikh tayangan percuma dari HOT magazine, maka melepaslah kami. Tapi alhamdulillah rupa-rupanya, tempat Qi buat internship sekarang ni ada bagi tiket untuk staffs xD Dapatlah kami tengok dua hari sebelum dia keluar kat cinema ahaks~



Filem selama 90 minit ini tak mungkin akan buat anda bosan. Walaupun tak ramai yang meminati Steve Carell, tapi bagi Anna dia tak kurang hebat bakatnya. Akhirnya gabungan Steve (sebagai Phil Foster) dan Tina (sebagai Claire Foster), ditambah pula dengan cameo dari artis-artis hebat lain seperti Mark Wahlberg (seorang security expert yang tak suka pakai baju langsung sepanjang scene-scenenya di dalam movie itu 8D), James Franco (ingat tak pelakon yang jadi anak Green Goblin dalam Spiderman? Dia jadi Taste, seorang penipu/penjenayah di mana identitinya 'diambil alih' oleh Phil ) Mila Kunis (Heroin Book of Eli - sebagai partner Taste). Hanya kerana ingin menikmati makan malam istimewa dengan isteri tersayangnya, Claire, pasangan ini terpaksa menghadapi pelbagai cubaan dan dugaan yang menggelikan hati serta pelbagai keadaan huru-hara terjadi. Things just can't get any worse for this two. Nak tahu apakah kesudahannya, tontonilah ia di pawagam mulai hari ini 8D But make sure jangan terlepas scene pole-dancing mereka berdua ni. Korang takkan stop ketawa!

Tuesday, April 6, 2010

+ Salam semua....=) +

Salam & Selamat Datang kepada semua yang sudi melawat blogspot Anna yang baru dilahirkan ni. Seperti yang sebahagian daripada anda tahu, Anna ada satu lagi blog yang ditulis dalam bahasa Inggeris sepenuhnya khusus buat portfolio hobi istimewa Anna iaitu cosplay/costume modelling & ACG. Oleh kerana kedua-dua 'persona' dalam diri Anna ni tak boleh dicampurkan kerana mereka masing-masing mempunyai suara hati & kecenderungan yang amat berbeza, Anna terpaksa wujudkan sebuah lagi blog untuk berlaku adil =D Walaubagaimanapun, persona sahaja berbeza tetapi orangnya tetap sama 8)

Blog ini khusus untuk kalian yang kenal Anna di dunia nyata secara peribadi terutama sekali buat kawan-kawan sepengajian lama di MRSM-Yayasan Terengganu Dungun, MRSM transit Muar, MRSM Pengkalan Chepa serta Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM/UTEM-kini). Tidak lupa juga kepada rakan-rakan alam maya (virtual) yang baru dikenali, selamat datang ke dunia saya~