Pages

Showing posts with label engagement. Show all posts
Showing posts with label engagement. Show all posts

Friday, November 18, 2011

My E-Day Story (with Pictures!) :D

  • Mood:
  • Listening to: Genie In A Bottle - Christina Aguilera
  • Reading: Goddess of Troy by P.C Cast
  • Watching: Chuck Season 3-5 (OMG John Casey NGHNGHNGH)
  • Playing: -
  • Eating: -
  • Drinking: H2O *3*b

Salam & howdy y'all!

Berapa kali dah saya asyik delay review engagement day, and finally, here it is (after 16 days haha). Pada 5 November 2011 bersamaan hari Sabtu dan sehari sebelum Hari Raya Aidiladha, keluarga En. Jamaludin telah selamat menerima rombongan peminangan dari keluarga En. Mohd. Jamil. Majlis peminangan & pertunangan bermula tepat pada 11.30 pagi dengan perbincangan (more like final confirmation :p) antara ayah saya dan ayah Qi serta wakil dari pihak lelaki berkenaan jumlah wang hantaran, dulang hantaran serta tarikh-tarikh penting seperti nikah, resepsi, bertandang dll :)

Sebahagian daripada ahli keluarga pihak lelaki

Ahli-ahli keluarga saya. Saudara-mara saya kebanyakkan jauh-jauh, jadi sebilangan kecil saja yang dapat hadir. (My future MIL pun ada sekali dalam gambar :D )

Hantaran dari pihak lelaki *__*

Hantaran dari pihak perempuan :3

Sajian pada hari tu semua hasil air tangan mak saya :) She went for kampung style & traditional kuih-muih. Tapi saya tak sempat nak makan pun sebab gembira sangat agaknya xD

Mini pelamin pertunangan saya adalah hasil tangan Shayana Creation. Deal dengan Kak Nori, owner Shayana, sangat senang & cepat. Servis pun cepat & memuaskan :) Kalau berminat untuk dijadikan mini pelamin semasa tunang atau nikah, bolehlah lawat Shayana Creations page di FaceBook & semua contact details ada di sana :D Semua collection pelamin Shayana pun ada sekali dengan portfolio majlis-majlis yang pernah mereka servis sebelum ini.

Busana saya pada hari tu saya beli sendiri di sebuah kedai kat Jalan TAR. Bunga tangan, sendirian berhad. Ambik baki dari bunga hantaran :p Manakala make-up pula adalah dari Fieza Hussin Wedding Gallery. Kak Fieza is an aspiring & rising make-up artist dan dia juga pernah make-upkan saya untuk satu leisure cosplay shoot sebelum ni :D (Click here & here to see) I like her make-up so much. You can visit her page here at FaceBook or contact her directly on her own account to get more information on her make-ups, packages & pelamin services.

Doorgifts of the day, one of them adalah a jar of hearts marshmallows, sugared gummies & jelly beans. Glass jars with ribbons & customized sticker adalah hasil kerja tangan vendor Lurvering. i got them at a very good deal :D

Adik-beradik Syauqi @ Bakal-bakal ipar saya dengan my soon-to-be MIL ;D Awesome & fun people!

Semasa sesi menyarung cincin & menyuap gula oleh my soon-to-be MIL, Aunty Jurizan. Rupanya, En. Tunang dah letak 'booby trap' dalam gula tu. Dia pergi letak poppin' candies. Sebab tu saya pelik, kenapalah ada benda meletup-letup dalam mulut masa makan gula tu =3= Berkerut-kerut muka and Qi kata dia sikit lagi nak letak trollface >__<
*rage* (What have i got myself into? :p)

However
, saya nak dedicatekan a very special shout-out to Aunty Jue because of her awesome commitment towards Qi & mine's engagement and her awesome gubahan hantaran *_* Without her & her family's support, we will not be where we are today. Thank you, Aunty :)

And, tidak ketinggalan juga, kepada rakan-rakan rapat saya yang dapat hadir ke majlis saya pada hari itu. Thank you for coming & making a very special day even more memorable for me & Qi.

The girls (Kar Yee tak sampai lagi masa ni sob)

The boys (Qi sempat juga sampai. Itupun masa majlis dah habis hehe)

Group picture (Iya, satu-satunya gambar saya dengan En. Tunang sekali) =P Tak boleh ambik gambar semua sekali sebab rumah tak muat xD

Thank you to Daliza, Rozaidy, Kamal, Melinda, Shaun, Ashlyn, Nina and her sis, Myra, as well as Kar Yee dan Fahimi kerana sudi datang and an endless gratitude pada En. Tunang, Syauqi for everything :)

And, a very special pose by Syauqi & Rozaidy.......
Getting engaged will make you do weird things as a form of celebration? owO

All images are courtesy of Alan Chin Photography & one of my best girlfriends, Melinda Aiko Wong. She even wrote a very nice review entry of my E-Day at her blog too. Thank you, Mel! **She was wondering why bakal pengantin lelaki tak digalakkan untuk datang masa majlis pertunangan? Sebab adat dan juga nasihat orang-orang tua. Lebih manis kalau tak ada semasa cincin disarung. Sama juga dengan pantang groom tak boleh tengok bride selagi bride tak sampai kat altar :P Sebab tu gambar saya dengan Qi sama-sama tak banyak. Kami segan 8D

With that said, story done & shared.

Thank you for reading.

And my countdown begins from here.....meep! 179 days more to go <3

Lots of Love,
Diyana

Tuesday, November 8, 2011

i'm engaged *Syukur face* :D

Current mood:
Alhamdulillah...i am now

.....to Mohammad Syauqi bin Mohd. Jamil. Berkuatkuasa pada 5 November 2011 :p

Syukur Alhamdulillah. Tanpa restu dan sokongan dari kedua belah pihak saya & Qi, majlis tersebut tak akan dapat berjalan dengan lancar. Kepada rakan-rakan rapat saya yang hadir, terima kasih yang tak terhingga. Thank you all for being there for me on Qi & mine's big day number 1 :D

Teaser Engagement saya:

**Gambar adalah hasil tangkapan kawan baik saya, Melinda Aiko Wong merangkap salah seorang bridesmaids-to-be saya ;) Muaxx!

Review vendors dan majlis akan ditulis dalam entri yang seterusnya.

Jadi, saya dengan rasminya boleh letak countdown widget supaya boleh bagi saya lebih cuak gabra bersemangat untuk mempersiapkan diri sebelum menyandang gelaran seorang isteri & menantu.

Daisypath Wedding tickers

Be Right Back. i still can't believe i'm engaged.

Lots of Love,
Diyana J.

Wednesday, November 2, 2011

Early Birthday Doa :)

Daisypath Wedding tickers

  • Mood:
  • Listening to: Wonderboy - Tenacious D <--- Lagu tema Qi <3
  • Reading: -
  • Watching: American Horror Story Season 1
  • Playing:-
  • Eating: Nasi Lemak <-- Lagi 3 hari je nak majlis, sempat lagi melebarkan waistline ;p
  • Drinking: Coffee
Dalam 3 hari lagi umur saya akan meningkat setahun dan dengan izin Allah s.w.t, dalam 3 hari lagi juga status saya akan bertambah dari anak kepada anak dara orang dan bakal menjadi tunangan orang.

Perasaan saya bercampur-baur. Takut, nervous, risau, gembira, semua ada! Umur bertambah setahun maksudnya setapak lagi langkah menghampiri liang lahad (kalau ditakdirkan umur panjang :3) dan berubah status pula maksudnya....


This is the real steel deal.

Saya tak boleh ber-hu-ha sampai tak hengat dunia. Saya dah tak boleh buat keputusan sendiri tanpa berbincang dengan bakal suami. Saya bakal ada 2 keluarga & bakal bertambah adik-beradik. Saya kena belajar untuk lebih pandai mengambil hati bakal mertua dan ipar, kena lebih mendisiplinkan diri untuk mengurus rumahtangga, belajar untuk taat, lebih sabar & percaya sepenuhnya terhadap seorang lelaki yang bakal menjadi imam saya dunia akhirat serta ayah kepada bakal zuriat saya kelak.

Bersempena dengan hari ulangtahun kelahiran saya, dititipkan nota agar saya tidak lupa sertakan dalam doa-doa saya setiap hari dalam hari-hari yang mendatang.

1. Semoga Allah izinkan segala urusan & perancangan pernikahan saya dan En. Qi berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan atau halangan

2. Semoga Allah semarakkan lagi rasa kasih sayang di antara saya dan keluarga

3. Semoga Allah berkati usaha saya & Qi untuk membina masjid yang dipenuhi mawaddah, warrahmah dan sakinah.

4. Semoga Allah bukakan lagi pintu rezeki buat saya & Qi.

5. Semoga saya dapat membina kerjaya & kewangan yang lebih kukuh

6. Semoga saya dapat meneruskan pengajian saya & meneruskan cita-cita yang tidak kesampaian. Semoga target saya untuk memegang ijazah Masters sebelum anak kedua lahir bakal dimakbulkan oleh Allah

7. Semoga rakan-rakan baik saya & Qi yang masih bersendiri atau bujang bakal dipertemukan dengan jodoh yang baik, beriman dan berakhlak mulia dalam masa terdekat

8. Semoga ukhuwwah yang terjalin akan terus berkembang mekar dengan penuh kasih-sayang & barakah

9. Semoga ibubapa saya dipanjangkan umur dan sempat menimang zuriat-zuriat saya :)

10. Dan yang terakhir, semoga Allah lembutkan hati mereka-mereka yang pernah disakiti oleh saya samada sengaja atau tidak untuk memaafkan saya serta mereka yang pernah menyakiti atau bercakap tentang perkara yang fitnah tentang saya di dalam atau luar pengetahuan saya agar dilembutkan & dibersihkan hati mereka untuk kembali kepada Allah s.w.t serta terdetik di hati mereka untuk menyambung kembali silaturrahim yang putus. Saya tiada hak untuk berdendam atau marah kerana semua tu datang daripada Allah s.w.t :) Saya masih hidup & bernafas ni pun sebab izin Allah.

11. Saya berharap saya akan dapat lebih tekun & khusyuk beribadat.

InsyaAllah.

Kek Birthday impian saya:


Can i? hehe Mau kena pelangkung dengan mak ayah saya.

Any ways, sebelum saya stop menulis entri ni, terimalah satu quote:

Hehehehe

Lots of Love
Diyana

Tuesday, November 1, 2011

Color theme E-Day yang 'kamikaze' xD;;

A Quick post sebelum saya terlupa.

Presenting our engagement theme:














....wait for it.........















....wait for it.........


























HAHA i belum nak mampus lagi.....Sure, we'd love to have a costume-themed ceremony but this is beyond the normalcy of acceptable fairytale theme. Kalau ya pun, saya tak mungkin nak cat badan guna color hijau :p

Anyways, tema memang guna tema color je. Yang di bawah ni adalah palette pilihan warna majlis kami yang sebenarnya-


**Ceng ceng. Takut tak? Tak pun confuse ke sikit2? X)**

Tema warna engagement saya adalah tema warna yang tak ramai nak pakai sebab teramatlah risky lol Biasa tema warna untuk tunang, para B2B selalu pakai color2 pastel yang sweet tapi entah kenapa taste & pilihan saya- gray + black + cream - agak goth/dark/brooding :p Sekali tengok pun macam depressing hehe Mak saya pun bising apsal gelap sangat?

Saya suka. Nanti warna cerah-cerah, kita gunalah masa reception nanti da~bu ;D

 Harap-harap percaturan saya ni tidak mengecewakan >__< Gambatte me! Till next post ;) Lots Of Love,
Diyana

**Bila tengok cermin masa lunch break tadi, baru saya perasan yang ada 2 biji zits naik kat muka & mata saya dah merah2 sbb waktu tidur yang tak konsisten semenjak 2 minggu yang lalu *sob* lagi 4 hari je kot....Asal ada event atau benda penting je, jerawat pun bercambah -__-

Monday, October 31, 2011

5,4,3,2,1! My E-Day Checklist da~bu .___.

  • Mood: Tuzki Bunny Emoticon
  • Listening to: Vandal Machines - Thorgasm
  • Reading: -
  • Watching: Switched At Birth Season 1
  • Playing:-
  • Eating: Choco Pie
  • Drinking: Soup
Salam semua, tinggal lagi 5 hari je sebelum saya berubah status & meningkat umur. Rasa macam banyak benda tak buat lagi but rasanya semua masih di bawah kawalan >__< Dulu saya memang nak semua benda organized tapi bila benda ni betul-betul akan jadi, memang rasa malas betul hurr

Senarai Semak

Cincin

Hantaran:
Alas Dulang
4 dulang sudah settle, 3 dulang belum
(Sejadah & Fruits beli Khamis, Fresh flowers utk Sirih Junjung beli Jumaat pagi, Cuppies ambil pagi Sabtu, 2 dulang mak settlekan)

Busana:
Baju
Tudung dalam
Tudung luar **RabuKhamis beli
Kasut **Belum customize
Veil
Make-up **MUA contracted, Deposit paid

Hand bouquet:
**Jumaat pagi beli fresh flowers

Mini Dais
**Vendor contracted, Deposit paid, Jumaat malam pasang

Bedroom Deco
Fresh flowers **Jumaat pagi beli
Kelambu **Pasang Selasa
Curtains **Iron malam ni, pasang Rabu
Bedsheet **Khamis beli, Jumaat pasang
Karpet **Khamis cari

E-Day Favors
Jars **Sudah receive dari Lurvering
Fillers **Beli Khamis
Net/Plastik **Beli Khamis
Pack **Khamis Mula Buat

Official Photog.
**Contracted, payment to be made after receiving pictures

Barang basah nak masak
**Jumaat pagi beli

With that listed, better saya susun schedule saya untuk 4 hari berikutnya X) Sehingga lepas dari Sabtu ni, semua review tv series saya pending @__@ Kepada tetamu yang dijemput personally oleh saya dan Qi, nanti saya hantarkan digital map kepada anda semua :)

Lots Of Love,
Diyana

Daisypath Wedding tickers

Tuesday, October 25, 2011

Saya masih hidup...tak mati lagi,...DX

  • Mood:
  • Listening to:Transformers 3 DOTM's Original Score oleh Steve Jablonsky (sambil berangan yang Dino (movie) @ Mirage (comics) si Ferrari merah dari DOTM itu adalah pet robot saya haha)
  • Reading: Buku Panduan Perkahwinan
  • Watching: Modern Family Season 1-3 & Looping Transformers 3 :3
  • Playing: Tak ada masa nak main apa2 Lol
  • Eating: Junk food :p
  • Drinking: Teh bleargh
Assalamualaikum kawan-kawan blogger sekalian,

Apa khabar semua? Harap2 semuanya sihat dan berada di bawah limpahan rahmat oleh Allah s.w.t. Biasa kalau orang dah jarang update blog mesti sebab sakit atau ajal dah sampai heehee Saya minta maaf saya dah lama tak berkongsi cerita hidup di blog ni sebab saya terpaksa M.I.A sejak sebulan lebih yang lalu kerana -

1) Sakit : Tonsil saya membengkak balik dan the last infection adalah infection yang paling teruk pernah saya kena sejak saya ada tonsilitis condition since 15 years ago. Patutlah seminggu lebih saya batuk tak henti-henti and waktu malam saya sesak2 nafas. Doktor cakap kedua-dua side tonsil saya dah bengkak teruk sampai hampir menutup saluran pernafasan saya T__T Terus2 dia prescribekan saya antibiotik yang berharga RM80 sepapan. Dia pun recommendkan saya untuk remove terus. Saya takut duduk wad seminggu. Takut ada parut surgery. Tapi kalau tak buang nanti tiap2 bulan saya kena bayar RM130 untuk ubat semata-mata >__<;;;;;;; Tengoklah macamana. InsyaAllah 2-3 bulan sebelum nikah nanti saya remove *sigh* Doakan saya tak sakit balik ye?

2) Persiapan tunang : Sebelum ni, hanya family & rakan-rakan terdekat je yang tahu bahawa tarikh saya bakal direserved oleh keluarga Qi bakal hampir sejak dari dirisik pada 25 September yang lalu. Jadi saya kena berhempas-pulas material-hunting sebab mak ayah saya jenis yang nak ringkas dan cepat macam mee segera but bila difikirkan balik, this is going to be a historical, important day for me takkanlah saya nak buat tunang gaya koboi. Dan 5 November tu juga adalah hari lahir saya yang ke 2X <--- (hahaha tak nak reveal usia sebenar :P) Sebab tu saya nak gunakan alasan tu untuk menjemput kawan-kawan2 rapat & sepupu2 yang jauh dan lama tak jumpa untuk sama2 berkumpul di rumah ayah saya pada hari tu. Dalam hati saya sedih sikit sebab mak saya anggap hari tu seolah-olah obligation pada dia dan bukan benda yang patut diraikan oleh semua ahli keluarga. Mom, you've missed celebrating 10 years of my birthdays, for this year, just this year i want to be able to feel special for once.

Jadi, asal lunch break di ofis ataupun lepas kerja merayaplah saya di sekitar Sogo & Jalan Tuanku Abdul Rahman untuk survey2 harga barang & membeli apa sahaja yang patut. Untuk pertunangan saya, saya banyak guna teknik 'testing the waters'. Mungkin saya terbelanja lebih, mungkin terkurang tapi apa pun outcome dia, asalkan semuanya berjalan lancar. Saya tak ada banyak DIY sebab tak berani lagi tapi adalah cuba custom-make alas dulang hantaran saya buat pertama kalinya.

Hasil kerastangan saya semenjak minggu lepas :











Buruk Tapi sebab trial and error tu dapat dilakukan, saya boleh tahu kat mana boleh saya perbaiki lagi =) Ia, ianya ter'congek' @ ter'angkat' sikit sebab beads tu saya tarik rapat2 ;__; *noob mistakes* haish...So far, hari ni baru siap 1 -__- But since esok cuti Diwali, maka saya berazam untuk menyiapkan semua alas tersebut. Insyaallah.

Dalam nak buat persiapan ni, banyak yang saya belajar. Setiap girls memang ada impian masing-masing but when it's about time it happens, percayalah bahawa ianya tak akan menjadi seperti yang diharapkan. At least tak 100%. Especially kalau ada antara B2B yang mempunyai emak yang diktatorian =__= Sabar jelah ye? Apa yang saya boleh sarankan adalah biarlah dia decide apa yang dia nak and kalau dia tak nak support pilihan kita, kita buat jelah sendiri =\ Kes saya nak sambut birthday lepas majlis tunang dah selesai pun dia cakap dia malas nak buat apa2 kerja pun. Takpelah mak, saya dah nak kahwin, biarlah saya masak sendiri, hidang, serve, layan tetamu-tetamu saya, kemas & cuci pinggan sendiri. **Ada ke chef-for-hire untuk satu hari?

Bila nak berbicara pasal persiapan pertunangan ni, buat saya rasa . Nak baling organizer saya ke dalam laut sebab rasa semua research yang saya kumpul tu sia-sia je sebab mak saya sikit pun tak pernah tanya isi hati saya. Cth: "Mak, anna nak beli sejadah buat hantaran. Mak tahu tak kat kedai mana ada jual yang cantik-cantik?", dengan penuh harapan saya bertanya. Kemudian, mak memberikan pandangan yang meridiculekan saya dan membalas dengan, "Mydin kan ada." Seriously? Saya tahu kita tak nak membazir tapi seriously kat Mydin? ini anak nak kahwin bukan nak buat costume party. Why mak? Why? Seorang mak kalau dia tak cakap "Takpelah, mak tolong belikan" at least dia secara natural-nya akan menjawab "Cuba tengok kat area Jalan TAR tak pun Sogo ke. Mak tak sure tapi kalau ada, mak bagitau @ tolong belikan." Feels like i'm all alone in preparing for a supposedly special day in my entire lifetime. I always know she never really loved me but sampai macam tu sekali kedudukan saya dalam hidup dia. Saya tak mahu kongsi banyak sangat but benda kecil itulah yang berulang banyak kali hampir setiap hari di rumah. Berat mata membaca, berat lagi bahu yang memikul. *sigh* Saya cuma nak nikah je senang. Tapi...entahlah.....Allah sahaja yang lebih mengetahui. Nak kahwin memang seronok tapi kalau anda ada salah seorang mak ayah yang bersikap macam ni, keseronokan tu mula hilang hari demi hari.

Doorgift cuma dah siap penyediaan content sahaja sebab bekasnya baru dapat diambil Jumaat ni.

Doakan segala persiapan saya berjalan lancar ye sahabat-sahabat di luar sana? *hugs*

Mulai esok, tinggal 10 hari saja lagi. Damn.

Salam Sayang.