Pages

Showing posts with label outing. Show all posts
Showing posts with label outing. Show all posts

Wednesday, April 21, 2010

+ Rekreasi di hujung minggu +

Since Anna & Qi antara dua orang yang tidak pergi ke Video Games Live (VGL) di KLCC hari Sabtu yang lalu, last2 minute kami 'kacau' Aiko & Dyrenz, an awesome and uber sweet couple friends of ours and dragged them on a double date (itupun after Qi dah make sure Mittens makan =P) 8D 8D Kami berjumpa di Pavilion around 2 pm and had lunch together di Subway~ X)

Apalah Qi ni lawl. Malulah tu =P


While Aiko & Dyrenz pergi tengok movie di GSC sana, Anna dgn Qi pergi ke Times Square dulu. Pergi window-shopping seluar kerja, jalan-jalan dan Qi gave me a wonderful surprise for our 7th Month anniversary that day~ *w* Apa dia? Nanti Anna cerita xD

Bila Aiko & Dyrenz habis movie around 7, mereka pun join kami di TS. Qi ajak kami bertiga pergi ke Cosmos Park di tingkat 6. Itu surprise Qi yang pertama pada itu hari. Sorrylah, Anna memang tak pernah pergi ahaha. Kesian kan? Jadi kami gang2 yang tak pergi VGL ni beriadah dengan cara kami 8D

Tiket2 kegembiraan ahaha


Muka excited nak naik roller-coaster



Kanak-kanak gumbira di atas roller-coaster



**gambar credits to Aiko** Thank you dear!


Kami naik dua kali, sebab yang first trip punya kami tak puas naik 8D Siap nak try pose depan camera yang ambil gambar kat atas rail tu on the second time.

Muka insan-insan yang tak sabar nak main bumper-car 8D


Si Qi memecut tak hengat. Dia kaki langgar orang 8D Dyrenz dengan Qi kerjanya mengenakan masing-masing




Lepas dari bumper cars, kami pergi try DNA-mixer. Memang menakutkan sampai tunggang-terbalik, berpusing-pusing. Memang bila habis naik tu rasa macam DNA kami betul-betul bercampur...jadi RETARD kejap ahaha

Muka sebelum naik, selepas naik tak payah cerita xD



Tadi Anna ada cerita pasal Qi bagi surprise kat Anna kan? Apparently he has an even bigger surprise for me that day~ Dum~dum~dum~!

A Deluxe Edition of Queen Amidala of Star Wars Ep. I Figure from Hasbro~ *_____* i had always been dreaming about it, berharap dapat kumpul duit untuk beli satu for my personal collection but Qi made it the best gift of my life after himself~ ;__; Pemberian Qi ni telah melengkapkan lagi koleksi Padme Amidala figurines yang Anna ada di rumah.




Anna tak dapat describe betapa Anna sangat menghargai pemberian ikhlas dari Qi. Dia tahu apa yang Anna suka dan impikan, dan dia sentiasa berusaha untuk membahagiakan Anna. Allah sahaja yang mengetahui isi hati Anna pada Qi. Anna akan berusaha lebih kuat untuk masa depan kita bersama. InshaAllah. Terima kasih, Qi.

Thursday, April 8, 2010

+ Sony Expo & Qi's Birthday +

Hari Sabtu yang lepas (3rd April) Anna & Qi dapat invite ke Sony Expo di Midvalley Exhibition Center (MVEC). Ada banyak aktiviti-aktiviti kat ekspo tersebut seperti promosi barangan digital Sony dan juga tidak ketinggalan, Sony Cosplay Competition. Pada awalnya, Qi & Anna memang nak turut serta bertanding tapi hasrat dibatalkan atas sebab2 yang tidak dapat dijangkakan. Tapi kami masih juga pergi untuk memberikan sokongan pada teammates Resident Evil kami, Chris Redfield (Fahimi) dan Sheva Alomar(Yuo-chan).

~Vogue kan?~ Yuo sebagai Sheva Alomar dari Resident Evil 5



Dalam berjalan-jalan sambil menunggu Nanu sampai, kami terjumpa dengan seorang adik yang bawa pet cat-nya ke expo tu. Kucingnya tu nama Mimi tapi dia tu kucing jantan sebab dah kena 'potong' 8D Tapi comel kan Mimi ni?



~Fara & Kids, anak-anak dara yang bergaya hebat di Sony Ekspo~ =D


Bila Nanu dah sampai dalam pukul 1 lebih, Anna, Qi, Fara, Kids, Beat, Kuro, Aiko & Dyrenz pun gather kat depan entrance sebelum bergerak ke Redbox di The Gardens sebab kami nak buat suprise birthday buat Qi. Sesi karaoke kami bermula pada pukul 3 dan Shaun (Hisa) pun turut join we all sekitar pukul 3.30 ptg. Jenuh jugalah kami menyanyi dalam bilik karaoke tu selama 4 jam tapi siap ada buffet and all. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Puas hati!

~Lihatlah gaya anak-anak teruna mendendangkan lagu Backstreet Boys. Macam "high" je semua 8D~


Terima kasih yang tak terhingga pada Nanu, Fara, Kids, Beat, Aiko, Dyrenz, Hisa & Kuro kerana sama-sama membantu Anna menjayakan surprise outing + birthday celebration untuk Qi. Kepada Qi tercinta, kami semua sayangkan Qi. Semoga tahun ini dan tahun-tahun yang akan datang membawa lebih banyak kegembiraan & kejayaan untukmu. Anna sangat gembira sebab berjaya buat Qi happy sangat2! InshaAllah, hari lahir tahun depan pasti akan lebih meriah =)