Pages

Sunday, May 9, 2010

+ Selamat Hari Ibu SeDunia! +

Salam semua~!

Hari ni, 9 Mei 2010, merupakan Hari Ibu SeDunia. Semua anak-anak serta suami menjadikan hari ini hari yang teristimewa sebagai mengingati para ibu dan juga isteri mereka di atas pengorbanan dan kasih sayang yang telah dicurahkan oleh serikandi hati mereka =) Ibulah yang mengandungkan, melahirkan dan membesarkan kita dengan penuh kesabaran. Bagi para suami, isterilah ratu hati anda yang telah mengandungkan, melahirkan, membesarkan, memberi makan, menjaga kesihatan dan keselamatan zuriat2 anda. Walaupun Anna masih belum bergelar isteri jauh sekali seorang ibu, namun Anna memahami & mengerti kehebatan seorang wanita yang bergelar bonda. Dilahirkan oleh seorang ibu kandung, dibesarkan selama empat tahun sebelum beliau dijemput Ilahi ke rahmatullah dan kemudian dibesarkan pula oleh seorang ibu tiri yang tidak pernah menganggap Anna serta adik-beradik sebagai orang asing, malah sudah dilihat sebagai anak2 sendiri semenjak hari pertama emak mengahwini ayah kami =) Pengorbanan Emak dan arwah Mummy, hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Apa yang kami adik-beradik terdaya lakukan, kami akan sedaya-upaya memberikan yang terbaik serta menjaga & menyayangi Emak dan Daddy selagi kami bernafas di muka bumi ini.

Hari ini, Anna telah berusaha membuat home-made card yang dibuat dari extra barang2 props & accessories Anna untuk emak. Anna rasa kad yang Anna buat ni tak cantik langsung ;w; tapi Anna harap Emak suka sebab Anna buat dengan penuh rasa kasih sayang. Anna juga ada hadiahkan emak buku mengenai Aminah a.s, ibu junjungan teragung Nabi Muhammad s.a.w. Beliau merupakan contoh srikandi Islam dan ibu yang terhebat jasanya kerana beliau telah banyak berkorban di dalam mengandungkan & melahirkan Rasulullah, manusia yang paling mulia di dunia ini.


Buku tulisan Ezee Rahmani dan "props & tools" yang terlibat sepanjang pembikinan~ Ohohoho
Dah siap dibalut! Tinggal bubuh riben~ =3
Kad yang sangat simple, tulisan digunakan 3D paint (Maaf tulisan saya sangat gagal bila menggunakan 3D paint tersebut >__<)
Letak lace~ =3
Ta-Da! Dah siap~ Wee! X) Harap2 Mak suka! =3 (walaupun tulisan saya senget ;____;)


Buat ibu-ibu, serta bakal ibu yang Anna kenal, Selamat Hari Ibu! Anna tujukan lagu evergreen dari Aishah ini untuk anda semua~ Jadi marilah kita bersama menghayati. Kalau kita jarang menangis, hari ini, rendahkan diri untuk mengenangi pengorbanan seorang ibu. Kerana Allah s.w.t telah berfirman bahawa Syurga itu di bawah telapak kaki Ibu. Amin. Mari kita sayangi dan berbakti pada ibu2 kita selagi kita masih berkesempatan.


Terima Kasih Emak. walaupun Anna tak banyak berbicara dan berkongsi dengan emak, namun Anna tahu kita menyayangi satu sama lain dengan cara tersendiri. You're my bestestfriend in your own way! i love you Mum! So much! Semoga Allah memberkati Emak dengan lebih banyak kebahagiaan, kasih sayang dan kejayaan di dunia & akhirat. When i become someone's wife & mother in the near future, i want to be just like you! So loving, so patient, so devoted. InshaAllah~ =)

Wednesday, May 5, 2010

+ Introducing my new BaBy : D'Curvy Nightress 8520 +


Anna dah lama jugak tak tulis entri kat sini. Terlampau banyak benda kena disettlekan in real life but now nak curi2 masa sikit untuk berkongsi dengan you all pasal my latest BaBy yang diberi nama D'Curvy Nightress 8520. Ianya adalah BlackBerry Curve model 8520. Unfortunately gambar betul i x dapat nak snap sebab cameranya kat phone tu sendiri xD;; dan Anna x ada digicam hmm...gambar net pun jadilah ye? But serius Anna x buat cerita DX Percayalah ;w;

I've been eye-ing the model for quite some time already and funny thing was my violet color phone is the last one in-stock. Talk about luck! i got mine last week, seminggu lebih selepas Qi beli his own BlackBerry. Model yang sama tapi warna hitam macam kat bawah ni.


The keyboard is QWERTY. Mula2 kekok nak pakai QWERTY ni but sebenarnya quite easy 8D *BB noob here* The sound and speakers are awesome. in fact, lagi better than my previous Sony Ericsson W960i. Text Messaging memang masyuk. Rasa macam gmail. Very convenient. Tapi satu je kureng. Camera cuma 2.0 MP je. But the BlackBerry Messaging (BBM) memang menarik featurenya. Cuma i belum fixed my connection lagi that's why i can't logon yet X). For more specs, visit here. Oh boleh ber-mukabuku@Facebook juga di phone ini dengan senang xD

Nanti Anna gebang lagi. Till next time!