Pages

Wednesday, April 27, 2011

Hell-To-The-No

Alamak....topik post hari ni (selepas kesekian lamanya dah tak post apa-apa kat sini @__@ dengan rasa tak bersalahnya pula tu), tidaklah bermaksud secara literal. Ianya sekadar meluahkan ketidakpuasan hati Anna sebab hari ni merupakan antara hari-hari yang memang tak seronok. Ialah di pejabat, mana yang nak seronok unless anda seorang boss haha Tak perlulah Anna kupas degan lebih lanjut, cukuplah Anna nak kongsi pengajaran-pengajaran yang Anna jumpa pada hari ni disebabkan glitch-glitch (sahabat novelis saya mesti tahu maksudnya haha) yang telah terjadi.

Adakah anda rasa hak anda dizalimi hari ini?

Adakah anda rasa ringan sahaja tangan anda nak naik ke muka seseorang ataupun kaki anda nak hinggap ke badan seseorang? Hatta, mahu sahaja di-fantoi-kan meja kerja anda biar menghempap badan besar hamba Allah tu? (Astaghfirullah al-Azim)

Adakah anda rasa sesuatu koflik itu boleh diselesaikan dengan mudah jika anda matang dalam menangani isu tersebut?

Adakah anda rasa seseorang yang telah kurang ajar & disrespectful a.k.a have no respect for your boundaries ataupun anda dipandang rendah oleh seseorang hanya kerana dia lapdog orang atasan dan anda dengan malangnya menjadi junior pangkat bawah tanpa rela hati?

Adakah anda berjumpa dengan orang yang membuat anda kata, "Ya Allah, cukup-cukuplah nak menindas sesama Muslimin @ nak berlagak dengan orang lain yang bukan tak mampu nak memiliki tapi fikir kepentingan hidup yang lain dulu. I-Phone, Blackberry & segala macam jenis device yang kamu ada, gadget dan branded handbag yang kau beli, malahan oksigen yang kamu sedut tu pun datang dari Allah jugak kan"?

Andakah anda dengan tak sengaja telah menitis segelintir dua air mata kerana menahan amarah & hendak meningkatkan sabar dalam hati anda?

Jika semua atau sekurang-kurangya satu jawapannya adalah YA, enjoice, my dear sisters & brothers, because we're in the same boat. Namun, sabar sajalah yang boleh dilakukan. Buang masa memikirkan orang-orang macam ni.

Kita semua tak sempurna. Jika kita diberi nikmat yang lebih sedikit dari yang lain, itu tak bermakna kita layak menerima & nikmat tu sekadar ujian semata-mata. Just because orang ada beri kepercayaan untuk 'mengurus' itu tak bermakna anda boleh mengarah/boss others around dengan sewenang-wenangnya. Ini padahnya kalau orang cetek ilmu, cetek pengalaman diberi tanggungjawab. Besar kepala. Setiap hari, tak kurang dari 5 orang mendoakan kecelakaan kamu. Astaghfirullah. Tak takut ke?

Pernah dengar tak bila successful icons say, "We lead by respect, not out of fear" atau dalam erti kata lain, "Kita memimpin kerana dihormati, bukan ditakuti". Kita hormat pada orang, orang hormat pada kita. Kita arah-arah orang, push others around, cakap dengan orang lain macam cakap dengan budak kecik, harap maaf, lembu sekandang pun buat bo-layan kat kamu. Seorang pemimpin yang baik, inspires, dia patut lagi banyak buat kerja sebab dia nak jadi ikutan/idola yang baik. Ini tidak, belum ada black & white naik pangkat, dah berlagak macam director company. Dia yang paling kurang buat kerja & main concern is to berpura-pura depan orang atasan yang kononnya dia buat kerja walhal the rest of us know what that person is doing (or not doing heh) =___=;; Kalau kurang pandai sangat pasal satu benda, tanya, belajar and then beragak-agaklah by not taking all the credits to yourself when you managed to get what you want. Intellectual asset much, huh, mesti tak pernah dengar.

Satu lagi perkara, bukan kamu seorang je yang ada tekanan dalam hidup ni. Jadi, tak perlulah nak berkasar atau kurang ajar dengan orang lain, especially kalau orang tu lagi tua dari kamu. That person might be a freshie than you at the workplace but if that person has proven they have more than what meets the eye, takkanlah a bit of respect pun kamu tak boleh bagi. Kamu migraine, orang lain pun migraine jugak. At least, you're not dying, d'uh.

Towards the end of the day, segala sakit hati hanya akan Anna sembuhkan dengan berjumpa dengan Qi, sebab dia orang yang tahu apa yang Anna lalui. Doa jelah penyembuh luka hati dan kerna Allah jugalah Anna tak jerit atau melenting sebab hanya kerana seorang makhluk Allah yang pentingkan diri sendiri & tak pandai menghormati orang lain. Semoga pintu rezeki akan dibuka dengan lebih luas lagi & moga Anna dan Qi dapat peluang rezeki yang bertambah di tempat baru lepas ni. Amin.