Pages

Thursday, August 4, 2011

Kes Liwat pelajar baru sekolah Tahfiz di Selangor...Bodohlah kamu, baru nak ambik UPSR dah gatal nak rodok punggung orang!

**Sekadar gambar hiasan**

Salam Ramadhan semua, berita penganiayaan & pencabulan kanak-kanak ini saya dengar di Radio HotFM semasa dalam perjalanan ke kerja pagi tadi.

Seorang pelajar lelaki berumur 9 tahun yang baru sahaja didaftarkan oleh ayahnya ke sebuah sekolah agama di Selangor (HotFm laporkan sekolah Tahfiz) sebulan yang lalu. Pelajar yang berasal dari Kedah itu telah diLIWAT, dipukul dan didera oleh 3 pelajar senior yang berumur 12 tahun (baru nak ambik UPSR kot tahun ni..)

Ini adalah snippet dari berita tersebut:

SUNGAI PETANI: “Tak sangka mereka tergamak berbuat demikian kerana perbuatan itu begitu zalim, sanggup meliwat, memukul dan mendera anak saya tanpa ihsan.”

Begitu kata seorang bapa yang kesal dengan tindakan tiga pelajar senior sebuah sekolah agama di Baling yang dikatakan mendera dan meliwat tiga murid berusia sembilan tahun dan sepasang kembar berusia lapan tahun sejak 20 Jun lalu.

Difahamkan, kejadian berlaku sejak sebulan lalu selepas murid berkenaan mendaftar masuk sekolah agama itu, malah seorang daripada mereka dikatakan diliwat beberapa kali dalam masa lebih sebulan.

Bapa yang enggan dikenali itu mendakwa, kejadian berlaku sejak dia mendaftar anaknya berusia sembilan tahun ke sekolah berkenaan dan murid terbabit mengikuti minggu orientasi 40 hari tanpa dibenarkan pulang ke rumah atau berjumpa waris.

“Saya terkejut apabila melihat muka anak lebam, selain bengkak kaki dan tangan. Telinga anak saya juga kehitaman manakala darah keluar melalui hidungnya. Saya terus membawanya ke hospital.

Berita selanjutnya ada di akhbar Harian Metro hari ini.

Sumber: HarianMetro

Apa saya boleh cakap adalah...TAK HABIS-HABIS BUDAK BAWAH UMUR NAK BUAT HAL =___=;; Maaf ya, saya risau. Ibu bapa saya pun hantar anak angkat lelaki mereka ke sekolah Tahfiz di Shah Alam dengan niat untuk anak itu menimba ilmu agama, menjadi seorang Tahfiz dan imam yang berjaya serta menjadi seorang yang beramal soleh. Saya faham niat ayah mangsa juga sama dengan niat mak ayah saya. Memang ini macam kes sama. Like a same old song dan di mana-mana juga, setiap hari kita disajikan dengan berita keruntuhan akhlak anak-anak muda yang menghiasi dada akhbar atau di corong-corong radio. Bila berita ni keluar di HotFM, masa tu di dalam kereta mak ayah saya juga ada, daripada mereka tengah bermuhasabah pasal hal-hal agama terus terdiam. Senyap seribu bahasa. Teringatkan adik angkat saya tu agaknya. Ya Allah, janganlah ada terbit rasa risau dalam hati ibubapaku itu Ya Allah. Kasihanilah mereka. Saya bukan takut adik saya yang jadi mangsa, saya risau kalau adik saya yang buat hal sebaliknya! Na'uzubillahi Min Zalik. Okay, saya ter'overboard' but still...

Masa saya di asrama dulu, budak-budak dorm selalulah buka-buka cerita kata yang budak-budak yang paling banyak buat hal/kes mesti datang dari sekolah agama ni sebab innerself mereka lagi repressed kot. But then again, kat mana-mana pun budak-budak boleh buat hal sebab syaitan pun ada di mana-mana kan? Balik semula kepada berita ni tadi, 3 orang budak umur 12 tahun yang i boleh bet belum akil baligh lagi, pergi 'gang bang' budak-budak junior di mana salah seorang mangsa punya ayah telah tampil membuat laporan. Pihak polis tolonglah tahan '3 Jahanam' tu, buat siasatan & jangan bagi pihak sekolah jatuhkan hukuman. Tukar sekolah dari sekolah Tahfiz ke Henry Gurney terus -__-

So, apa mungkin puncanya? Hanya Allah yang tahu. Tapi mana diorang belajar? Tengok gay porn ke? Ada peratus kemungkinan walau sedikit. Tak boleh nak salahkan mak ayah 100% sebab budak-budak kalau syaitan tu dah menghasut-hasut, akal panjang je. Apa-apa sahaja perbuatan liwat itu haram, hatta bunga-bunganya sekalipun yang datang dari benih-benih keinginan. Termasuklah melihat gay porn, baca manga Boy Love/Yaoi, hatta melihat/memikir apa-apa sahaja yang berbaur homoseksual ini baik visual atau tulisan dan sewaktu dengannya. Saya tak ada niat nak perli sesiapa tapi kalau dalam lampiran manga BL tu anda boleh tolerate just because karakter-karakter yang sedang meng-ahem each other tu adalah bishie-bishie, jambu, cute, hensem but anda sanggup ke bila benda macam tu terjadi in real life? It's so ugly no matter from which angle you look at it. You can have more respect for yourself and your religion by stop CONDONING unsur-unsur macam ni. Kalau ada yang menyangkal kata "Alah relaxlah, nak kecoh apahal? Minat je pun?". Adakah dosa itu berbaloi dengan minat itu? Ataupun bila benda/adegan yang anda minat dan suka itu terjadi di dunia nyata & watak-watak yang terlibat adalah adik lelaki/abang/pakcik/ayah anda sendiri macamana? Nightmare kan?

Semua masih ingat kisah Nabi Lut yang kaumnya Allah telah laknat dan seluruh negeri itu telah Allah terbalikkan sehingga menjadi Laut Mati? Janganlah sampai Allah melaknat kaum akhir zaman ini pula. Saya tak sanggup. Fikir-fikirkanlah apakah peranan yang dapat kita mainkan untuk memelihara kesejahteraan umat, InsyaAllah.

Sekian, post saya kali ini. Yang baik tu datang dari Allah, yang buruk itu datang dari kelemahan saya sendiri.

Wassalam.

Nota Kaki: Sabtu ni, bakal pengapit saya, Ashlyn balik dari Singapore. Tak sabar nak jumpa dia & teman dia pergi cari baju dan diskus perancangan saya. Semoga dia selamat pergi & balik ;)

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan 1432H & Selamat Beribadah!

**Gambar oleh http://sarooony.deviantart.com/

Salam Marhaban Ya Ramadhan semua!

Hari ni adalah hari pertama bulan Ramadhan buat tahun 1432 Hijrah. Saya nak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan salam ramadhan pada semua kenalan-kenalan di dunia nyata mahupun di alam maya. Selamat Beribadah & semoga puasa serta segala ibadat-ibadat lain yang kita kerjakan di bulan yang mulia ini akan mendapat ganjaran yang tidak terkira oleh Allah s.w.t. Yang penting, jangan lupa niat & lebih perbanyakkan amalan sunat dan pada masa yang sama tidak ketinggalan amalan-amalan fardu.

Kepada semua kenalan-kenalan & rakan-rakan saya, saya menyusun sepuluh jari dan dengan penuh dengan perasaan kasih ingin memohon maaf di atas kesilapan serta kelemahan saya sebagai seorang manusia. Kepada individu-inidvidu yang pernah saya sakiti, ianya bukanlah dengan niat & kepada individu tertentu yang saya dah minta maaf beberapa tahun lepas tapi masih tidak mampu memaafkan & move on serta masih lagi memfitnah baik saya mahupun orang yang saya kenal, may Allah have mercy on your soul and lembutkan semula hati yang keras tu. Kita sama-sama hamba Allah, sama-sama buat salah, sama-sama usaha tak nak buat dosa jadi, harap kita akan dapat bertindak lebih matang lagi InsyaAllah. Begitu juga sebaliknya, jika ada salah diimpose pada saya (samada saya tahu atau tidak) saya maafkan & saya halalkan. Semoga kita sama-sama dapat menjejaki Firdausi nanti InsyaAllah.

Sepanjang bulan Ramadhan ni, puasa jalan, kerja jalan & ibadat jalan ye? ;) Satu bulan ni juga akan saya gunakan untuk meng-email potential vendors (favors, boutique dsbg.) untuk majlis-majlis kami nanti InsyaAllah. Kain baju tunang dengan kain baju nikah Qi pun saya kena beli time diskaun raya ni. Harap-harap rezeki kami ada *__*. Doakan semua berjalan lancar ye?

Wassalam

P/S: Pada sesiapa yang berminat untuk membeli Blueberry Cheese Tart untuk bulan puasa ni, bolehlah email pada saya di nightduchess@gmail.com. Harga adalah RM35 untuk 50pcs ;)