Pages

Wednesday, July 27, 2011

B2B Notes: Deko Meja #01- Buat-sendiri-lah @ Do-It-Yourself heehee

**Ya, saya tipu. Saya janji nak cerita pasal 'baby' baru tapi saya tak sempat snap gambar lagi T____T**
Kredit Sumber: yourweddingcompany

Salam semua, post kali ini adalah untuk berkongsi idea DIY yang saya terjumpa di internet. Terima kasih yang tak terhingga pada Sis Xora yang telah banyak memberi inspirasi pada saya untuk belajar & mencuba beberapa DIY items yang mungkin boleh diguna-pakai di hari-hari keramaian tak kiralah apa jua event sekalipun. But coretan hari ni lebih bertumpu kepada deko centrepiece untuk meja pengantin.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti:

  • Pasu Kaca/Gelas Kaca - 4" (1 )
  • Bunga Ros Palsu - Sedang-sedang saiz, ikut warna kegemaran atau tema anda (3 )
  • Gelas Minuman kecil (6 )
  • Scented candles - Apa-apa warna pun boleh (6 )
  • Kelopak bunga ros palsu yang telah diceraikan - Putih dsbg. (20-50 )
  • Riben Satin - #5 (38 inci)
  • Gunting yang tajam
  • Hot Glue Gun
  • Wire Cutters
  • Moss Hijau
  • Span Florist (yang warna hijau)
  • Measuring Tape atau Pembaris
Cara-cara nak membuat boleh diikuti rentetannya di page sumber, yourweddingcompany.

Jom mencuba! Bila saya dah siap try saya punya hasil, saya akan share di post yang lain ;D Weekend ni saya pergi cari barang nak buat heheh See you next post, chicas~ <3

Wassalam.

(P/s: Ucapan tahniah pada kakak Qi, Syara yang baru sahaja selamat melahirkan puteri sulung beliau yang dinamakan Alayna Zahra binti Adam Adham pada 25 Julai 2011 yang lalu. BarakAllah, Sis!)

Monday, July 25, 2011

Rukun Nikah ada berapa? *senyap* Rukun Solat? *senyap* = FAIL

Salam semua,

Macamana hari minggu anda? Did you manage to do something good for yourself? You did? Alhamdulillah ;) Saya dan Qi pun dah berjaya achieve something yang sangat berharga over the weekend yang baru berlalu. Iya, kami ber'dating' di Kursus Kahwin di Solaris Mont Kiara (diuruskan oleh Siarra & Dinderk [S&D]) sepanjang separuh hari hari Sabtu (2.30pm - 7.15pm) dan satu hari Ahad (9.00a.m-7.00pm) haha

Bukannya tak boleh diambil di area KL tapi, kami berjumpa dengan En. Amir (yang menguruskan kurus tersebut) pun by chance bila temankan sahabat Qi, iaitu En. Salam untuk pergi ambil Sijil Kursus Kahwin beliau dan tunang beliau, Cik Bella di Pelita Hartamas beberapa minggu lepas. Bila tengok sijil tu, i know that sijil tu merupakan sijil paling bermakna bagi setiap insan sebelum mereka mengikat jodoh mereka. Seriously, sijil menang competition pun tak ada banyak merit macam tu =P So, borak and borak, terus kami ambil keputusan untuk pergi hujung minggu baru-baru ni juga. Kami fikir senang, dah satu perkara tak perlu risau bila menjelang hari pernikahan kami InsyaAllah.

Hari pertama, kami belajar pasal Akhlak serta Kesihatan & Kewangan. Manakala hari kedua pula adalah Akidah, Ibadah, Komunikasi antara pasangan, Prosedur Perkahwinan and Pembubaran Perkahwinan. Penceramah semuanya memang best-best dan sangat seronok mendengar celoteh mereka. Mereka tak lokek berkongsi ilmu serta pengalaman dari menguruskan kes-kes rumahtangga klien2 mereka supaya boleh diambil iktibar. Bagi semua yang hendak menghadiri kursus kahwin ni, you have to walk in with an open mind and be mature. You kena buat sedikit bacaan pasal rukun-rukun serta ilmu fardu ain & fardu kifayah. Bukannya apa, takdelah bila penceramah bersoal-jawab dengan anda, anda terkebil-kebil nak jawab. Kalau ada cengkerik kat situ pun dah lama bunyi heehee Dan satu lagi, kena betulkan niat. Kebanyakkan muslimin & muslimat yang pergi kursus tu, saya perhati seolah-olah pergi sekadar untuk mendapatkan sekeping sijil sahaja kerana itu adalah undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia untuk bakal-bakal pengantin dan bukan untuk menuntut ilmu.

Mungkin anda telah membaca di blog2 B2B yang lain sebelum ini, but kalau nak baca lagi kat sini pun apa salahnya kan? =)


Apa-apa yang perlu dilakukan SEBELUM menghadiri kursus kahwin?

1. Betulkan niat.
- Kita pergi kerana hendak menuntut ilmu Allah dan nak belajar cara-cara untuk memperbaiki diri lagi sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Bila anda pergi kursus ni, anda akan dapat tahu bahawa hal nikah kahwin bukannya semua seronok belaka. Boleh je pergi sebab nak dapatkan sijil, kalau tak, tak boleh nikah but samada anda inginkan rumahtangga yang diberkati Allah, bahagia dunia akhirat atau seronok di dunia tapi derita kat akhirat? Terpulang pada anda. Orang yang berniat nak menuntut ilmu ni jikalau dalam perjalanan pergi dan balik, sesuatu malapetaka berlaku (Na'uzubillah), InsyaAllah dia akan mati dalam keadaan mati Syahid. MasyaAllah.

2. Bawa NRIC
- benda ni pun tak mungkin anda boleh lupa kalau memang sentiasa di dalam wallet kan? ;) Just in case, bawalah extra photostate copy IC anda. Ada tempat yang minta tapi kat S&D, tak perlu, cuma perlu pastikan yang nama anda semasa registration adalah sejibik macam dalam NRIC. Kalau nama tak ada binti, tak payah bubuh. Tapi ada binti/bt, make sure ejaannya pun sama macam dalam IC. Nombor IC pun pastikan sama. Jangan terconfuse.

3. Bawa RM80
- Sebagai yuran pendaftaran. Ini untuk menanggung kos tempat, penceramah, makan tengahari serta bahan-bahan bacaan & nota yang akan diberikan oleh pihak urusetia.

4. Pakai pakaian yang sopan dan menutup aurat
- Bagi sesiapa yang bertudung, benda ni bukan menjadi masalah. Bagi sesiapa yang tidak bertudung, this is the time for you to start to have more respect to yourself as a woman & to your religion. Kalau dalam IC ada tulis Islam, tapi kalau selama ni anda bersikap sambil lewa pasal tudung, have more decency. Ada yang tak pakai langsung, ada yang pakai bermusim/bertujuan dan ada yang pakai sekadar untuk mengaburi mata ibubapa. You know Allah is watching you. Kalau tak pakai tudung, cuba pakai. Busuk-busuk pun, pakailah selendang dan pastikan tak ada rambut yang ternampak serta pakailah pakaian yang sopan. Tak semestinya kena pakai baju kurung. Nak pakai jeans pun pakailah, anak-anak zaman moden kan sekarang ni =__=;; TAPI, make sure baju anda bukan dari chiffon (yang see-through fabric tu) dan JANGAN PAKAI LEGGINGS pergi kursus kahwin. Ya Allah Ya Rabbi. Pakai leggings tu macam keluar rumah pakai kain dalam je tau. Pakailah dress labuh atau loose shirt dan kalau pakai jeans tu pastikan bentuk punggung dan bentuk V kat depan tu tertutup. Satu lagi, ya, menutup kepala itu panas dan ya, memang saya tak patut cakap apa-apa kalau anda nak bantai buka tudung time rehat atau makan tapi beragak-agaklah. Berbuih mulut penceramah mengajar pasal calon isteri yang baik, kenapa perlu bebal sangat? Kita nak pergi majlis Allah, janganlah persendakan majlis itu serta mempersendakan penceramah. Ustaz pesan pasal menjaga aurat, alih2 habis sesi, turun bawah, nampak quite a number of pelajar2 perempuan a.k.a bakal isteri/bakal ibu ni yang buka tudung, bangga tayang rambut, tak sempat habis kursus pun *berapa kali saya facepalm kat situ* Takkanlah tak boleh pakai dua hari je pun? Penceramah bagi madu (ilmu) pada anda, anda pulak palit najis kat muka mereka?

5. Kain telekung
- Untuk ladies, kalau tak cuti, jangan lupa bawa kain sembahyang. Ada sesetengah orang memang particular, kena pakai sendiri punya. Tapi kalau rasa boleh pakai telekung wakaf, pakai jelah. Yang penting kita solat. Savvy? ;3 Kat Solaris tu, Surau dia di atas Cold Storage, betul-betul bersebelahan dengan Restoran Buffet Jepun Tenji yang nampak macam best tu hoho

Apa-apa yang perlu dilakukan SEMASA menghadiri kursus kahwin?

1. Lapangkan hati
- Mana yang keras, kita lembutkan (hati ya, bukan benda lain =P). Pasang niat, InsyaAllah, ilmu Allah tu akan masuk lancar sahaja ibarat air sungai yang tenang dan tidak putus-putus. Kalau hati bersih, insyaAllah ilmu kita dapat, pahala pun kita dapat.

2. Jangan malu bertanya
- Semua yang datang memang tak pernah berkahwin lagi jadi gunakan peluang sepenuh-penuhnya untuk bertanya apa-apa yang kurang jelas especially bab-bab ibadat. Pasal hal solat, bersuci dan lain-lain. Lelaki kena betul-betul fokus sebab mereka ni yang akan menjadi imam dalam keluarga. Tertinggal rukun, silap haribulan solat tak sah. Time saya tu pulak, Ustaz tak sempat nak elaborate lebih banyak pasal bab bersuci. Sayang betul. Kena belajar sendiri pasal bab-bab bersuci dari nifas, wiladah dan mandi junub T__T

3. Tahan mengantuk
- Ya memang kalau duduk lama-lama, sakit punggung tapi bersabarlah. S&D punya tempat kursus tu, semua cukup lengkap. Ada bilik air kat section belakang display, mereka ada sediakan kopi, teh bancuh sendiri, biskut marie kalau lapar, air masak kalau dahaga dan gula-gula. Saya dan Qi kebas banyak gula-gula diorang tapi last-last tak makan pun. Sebab tak ngantuk =P

4. Be a smartass. It's fine.
- Kenapa saya cakap macam tu? Sebab kat tempat saya pergi, yang lain-lain semua kebanyakkannya senyap. Ustaz tanya rukun nikah ada berapa? Kalau tak tahu, belek nota, tak apa. But kalau tanya pasal rukun solat pun tak lepas, Wallahualam, tolonglah perbaiki. Takkanlah benda fardu ain kita boleh lupa, melainkan dah lama tak buat. Buat last sekali pun masa kecil-kecil, itupun sebab takut kena marah dengan mak atau kena sebat dengan ayah. Tak apa kalau bila ustaz tanya pada anda, anda cuba juga jawab walapun was-was betul atau tidak. It shows that you are concentrating & you want to learn. Bukan setakat tahan mengantuk selama 1 1/2 hari semata-mata untuk mendapatkan sekeping sijil cuma.

5. Minds out of the gutter please- Bila bercakap pasal perkahwinan, jangan asyik dok fikir hubungan suami isteri secara fizikal je, tapi mental juga penting. Listen with an open mind, think and improve. No one's perfect but usaha nak perbaiki diri jangan sesekali berhenti.

6. Pay attention- Masa kursus kahwin ni anda akan akhirnya tahu bahawa nikah kahwin adalah serious business. Dengar macam seronoknya kahwin tapi bila dah belajar sedikit dari realiti perkahwinan, you will be thinking about your decision untuk bernikah. Ya, memang hubungan seorang lelaki dan perempuan yang bukan muhrim akan dihalalkan sebagai suami isteri selepas akad nikah yang sah. Tapi itu juga bermakna yang account pahala/dosa isteri yang sebelum ni dibuat atas nama ayahnya, sudah pun dipinda milik kepada si suami sejerus lepas lafaz ijab dan kabul. Jadi, bila isteri tak solat, tak tutup aurat, suami yang kena tanggung dosa isterinya sekali. Ada anak perempaun, selagi belum bersuami, kalau tak tutup aurat, solat dan sebagainya, akan turut ditanggung oleh sang suami itu. Ada beranikah?

7. Jangan ponteng
- Setiap session you kena duduk, kalau tak, you akan terlepas bila attendance sheet diberikan. Tak cukup signature, nama tak masuk .____.

Apa-apa yang perlu dilakukan SELEPAS menghadiri kursus kahwin?

1. Stay for a while
- Jangan bila penceramah bagi ucapan penutup dan salam anda terus angkat punggung nak keluar. Relax, tunggu dulu sebab pihak urusetia akan umumkan bila sijil kursus anda akan siap. Nak pos ke ambil sendiri ke macamana. Nak pos, kena bayar RM5 untuk postal charges. Sijil kami siap hari rabu. Oh yeah~ =D

2. Mengucapkan terima kasih pada penceramah dan pihak urusetia
- Tak salah kita menyatakan penghargaan pada mereka yang sanggup mengorbankan masa hujung minggu mereka bersama yang tersayang semata-mata untuk memberi ilmu kepada kita & juga melayan kerenah kita.

3. Berazam untuk menjadi seorang suami/isteri yang baik
- Mana-mana yang kita tahu ilmunya masih lemah, kita perkuatkan. Ada kelemahan, kita perbaiki.

Qi seronok sebab dah habis kursus but slide kat belakang tu tengah terangkan pasal cerai fasakh kihkih Adoyai.

But overall, saya sangat enjoy dan sangat berpuas hati dengan kursus kahwin tersebut. So, pada sesiapa yang berminat nak menghadiri kursus kahwin di Solaris Mont Kiara ni, bolehlah hubungi En. Amir (019-330 9973) atau En. Khairi (012-298 9815) untuk membuat tempahan atau boleh layari www.siarra-dinderk.com untuk maklumat yang lebih lagi. JazakAllahu Khair, kawan-kawan!

Wassalam.

p/s: Malam tadi kami dapat kacau pasangan Salam & Bella untuk dinner sama-sama and lepas tu, singgahlah di Uptown Danau Kota. Qi dan saya telah mendapatkan 'baby' baru X) Tapi apa dia tu? Tunggu next post ye? ;)

Friday, July 8, 2011

Qanaah agar dicintai Allah s.w.t

(gambar kredit kepada akmalhacks.blogspot.com)

Salah satu sifat yang perlu ada dalam setiap Muslim agar dicintai Allah s.w.t adalah Qanaah, salah satu ciri-ciri yang dapat membentuk seorang hamba yang bertakwa. Qanaah ertinya merasa cukup dengan nikmat diberikan Allah. Sehingga hidup penuh dengan rasa syukur. Qanaah bukan berarti pasif, tapi aktif dalam berikhtiar, fokus dan bersungguh-sungguh dalam beramal, namun untuk hasil sepenuhnya diserahkan kapada Allah. Tiada siapa pun yang sempurna, tiada siapa pun yang pernah tidak lalai atau alpa tapi amatlah penting untuk kita bersyukur.Dugaan sentiasa banyak dalam hidup ni. Tak mungkin kita dapat mengelak dari mengagumi rezeki atau kelebihan orang lain tapi jangan biarkan bisikan syaitan meng-elevate-kan perasaan tu kepada hasad dengki. Setiap orang, lain rezeki masing-masing.

Muhasabah saya untuk minggu ni. Kalau kita ingat Allah, Allah akan ingat kita. Kalau kita sayang Dia, Dia pun akan sayang kita. Sayang Allah kadang-kala kalau kita bernasib baik, boleh dilihat terus dengan mata kasar. Lepas kita dah berusaha tapi it still doesn't happen the way we want it straightaway, janganlah kita berputus harap. He is ALWAYS the only ONE who we can turn to yet will NEVER let us down. Setiap kejadian atau peristiwa ada hikmahnya. InsyaAllah. Pesanan untuk diri sendiri dan rakan-rakan yang sudi membaca blog saya ni.

Hanya Allah yang tahu berapa titis air mata kamu yang telah jatuh kerana menunggu ihsan dan nikmat dari-Nya. He is giving us time to be prepared when the right moment comes when it is our turn to receive His blessings once He knows we are ready to carry that huge responsibility, InsyaAllah.

Wassalam & semoga kalian dapat menikmati hujung minggu ini bersama ibu bapa yang dicintai =)

Thursday, July 7, 2011

Flattery on Vanity is my weakness...DAMN

**Sekadar gambar hiasan. Saje letak. Sebab badan Freida Pinto gila kecik o__o
Salam dear readers,

Pejam celik, pejam celik, dah Khamis rupanya. Today is Thursday a.k.a Thor's Day haha Hujung minggu bakal menjelma pula. So apa plan hujung minggu ni? Tengok Transformers atau Mr. Popper's Penguins? If you guys are, dang i'm so jealous. I haven't been to the cinemas for a month already! Ini semua gara-gara fundings yang masih belum siap diproses oleh En. Finance di Wisma UN ni *sob*sob* Oh cepatlah, cepatlah sampai rezeki ;__;

(Gambar Freida Pinto di sebelah hanyalah hiasan je. But serious kecik badan dia orz)

Saja je nak kongsi satu cerita yang berlaku masa lunch break tadi. It's all about the power of a salesperson's persuasion atas seorang manusia yang lemah like yours truly. Pagi tadi plan nak pergi Sogo masa lunch break, nak beli coffee buat penahan ngantuk di ofis and masa jalan2 tu, lalulah kat aisle cereal. Ada this one lady tengah promote this Yogood Muesli Bars and Muesli Toppings for Breakfast. Saya dah nak pergi cashier untuk bayar, the Aunty panggil and hulur promo tray di tangannya itu. Saya pun ambiklah try perisa epal punya. Sedap so, ingat nak ambil satu kotak. Aunty tu pujuk punya pujuk, promote2 namun saya masih tidak goyah. Dah nak lari pergi kaunter bayaran ekspres dah sehinggalah Aunty tu cakap, "You're quite slim. You should maintain your figure. The oats in this muesli bar can help absorb the oils from the regular food you eat." ORLY? Nak bodeklah tu, macam tau-tau je, tuan empunya badan dah sebulan lebih tak workout.

Dan damn, saya telah gagal. Akhirnya, bukan 1 malah 2 kotak Muesli Bars tersebut telah selamat saya beli hasil daripada pujukan Aunty promoter tu. Jadi kalau anda nak buat sale, you have to make that person feel good about themselves hah.

Dahlah kena berjimat sampai minggu depan. I am a sucker. I hate flattery and i fool no one but myself in the end =_____=

Tapi Muesli tu gila sedap. Dan itulah yang terpaksa menjadi breakfast saya sampai minggu depan sebab duit tinggal sikit. FUUUUUUU......

p/s: Sesiapa yang teringin nak tengok and survey Perodua MyVi baru depan mata, they all tengah buat promo dekat Pertama Complex sekarang. Dekat entrance menghadap Jalan Raja Laut. Sekian, wassalam.

Friday, July 1, 2011

Ramadhan bakal menjelma...29 hari lagi *___*

Salam semua,

Hari ni dah 1 Julai, bersamaan dengan 29 Rejab tahun 1432 Hijrah. Esok akan bermulanya bulan Syaaban sebelum memberi laluan kepada bulan yang dinanti-nantikan semua (InsyaAllah) umat Islam di seluruh dunia.

Masa saya di zaman MRSM dulu,boleh dikatakan selalu juga saya dan rakan-rakan membuat puasa di bulan Rejab & Syaaban sebab puasa ramai-ramai memang seronok. Makcik DS (Dewan Selera) pun baik hati, sediakan hidangan yang lebih best dari makanan biasa untuk yang berpuasa. Tapi makan best tu cuma satu 'bonus', yang dikejar adalah fadhilat puasa itu sendiri =)

Saya cuma nak ambil kesempatan untuk sama-sama berkongsi kelebihan berpuasa di bulan Syaaban. (Kredit kepada HSN)

Sabda Nabi s.a.w. :-

‘Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.’

Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan Nabi Allah Yusuf di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub dan Nabi Daud.

Jika dia sempurnakan puasanya sebulan bulan Syaaban, dimudahkan Allah atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huruhara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari qiamat, dan diwajibkan syurga baginya.

Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Syaaban dan akhir khamis daripada Syaaban, dimasukkan dia ke dalam syurga.

Berkata Siti Aisyah r.a. :-

‘Bulan yang lebih dikasihi oleh Rasulullah S.A.W. ialah bulan Syaaban.’

Sabda Nabi S.A.W. :-

‘Syaaban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani).’

Sabda Nabi S.A.W. :-
‘Bahawa puasa Syaaban kerana membesarkan Ramadhan, siapa berpuasa daripada bulan Syaaban, kemudian dia bersolawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu,diberkatkan rezkinya baginya. Bahawa Allah membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.’

Sabda Nabi S.A.W :-

‘Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban.’

Sabda Nabi S.A.W :-

‘Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Quran atas segala kalam. Kelebihan Syaaban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia’. Kelebihan Ramadhan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekelian makhlukNya.’

Bulan Syaaban – keagungan malamnya dengan Nisfu Syaaban seperti keagungan Rejab dengan malam Isra’ Mikrajnya, dan keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Syaaban telah datang Jibril kepada Rasulullah S.A.W. lalu katanya :-

‘Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekelian orang yang tiada syirik denganNya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak dan derhaka terhadap ibubapa.’

Sabda Nabi S.A.W. :-

‘Allah menilik kepada hambaNya pada malam Nisfu Syaaban maka diampunkan dosa segala makhlukNya melainkan orang syirik dan orang yang tiada bertutur dengan saudaranya.

Sabdanya lagi :-

‘Apabila pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang, beribadat, dan puasa kamu pada siangnya. Allah berfirman, Adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang ditimpa bala Aku afiatkannya. Adakah orang yang meminta rezki maka Aku rezkikannya, demikianlah pertanyaan lainnya sehingga keluar fajar subuh.

Tersebut dalam kitab Al-Barokah, bahawa jin, burung, binatang-binatang buas, ikan di laut berpuasa mereka pada hari Nisfu Syaaban.

Tersebut di dalam kitab Iqna’, bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Syaaban menunaikan segala hajat. Maka datanglah Jibril kepada Rasulullah S.A.W. kali keduanya, katanya :-

‘Ya Muhammad, gembirakanlah kamu bahawa Allah telah mengampunkan segala umatmu orang yang tiada mensyirikkanNya sesuatu, angkatkan kepalamu, lalu Rasulullah mengangkatkan kepalanya, tiba-tiba terbuka segala pintu syurga.’

Kata Syeikh Abdul Qadir Al-Kilani di dalam Ghaniah :-

‘Bahawa malam Nisfu Syaaban adalah hari raya malaikat, begitu juga pada malam Lailatul Qadar mereka tidak tidur, dipenuhi dengan amal dan ibadat sepanjang-panjang malamnya. Dan bagi anak-anak Adam berhariraya padanya pada siang hari dengan berpuasa dan ibadat, kerana mereka tidur pada malamnya.

Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam Nisfu Syaaban kepada enam orang :-

Orang yang kekal minum arak.
Orang yang kekal dalam zina.
Orang yang banyak berkelahi.
Orang yang melakukan perjualannya dengan sumpah yang dusta.
Orang yang derhaka dua ibubapanya.
Orang yang memperlagakan orang supaya berkelahi.

Sesiapa sembahyang pada malam Nisfu Syaaban daripada umat Muhammad S.A.W. terlebih afdal daripada ibadatnya 400 tahun. Demikian Allah memberitahu kepada Nabi Isa lalu Nabi Isa pun berdoa kepada Tuhan, ‘Mudah-mudahan aku daripada umat Muhammad S.A.W.

InsyaAllah tahun ni, saya akan cuba pick-up balik puasa di bulan Syaaban. Kepada sesiapa yang belum habis ganti, mari kita puasa cepat-cepat. Tak apa, bila kita ganti dalam bulan Syaaban, niatkan sekali nak puasa sunat. InsyaAllah. 29 hari memang nampak lama, tapi kalau nanti bulan mengambang, dah boleh rugi beberapa hari.

Esok sabtu...mari try puasa sebab weekend ni siang duduk kat rumah je =D Kalau korang pun tak pergi mana-mana, alang-alang kan? The first day of the month =D

Wassalam....