Pages

Tuesday, June 8, 2010

+ Lawatan Hujung Minggu ke IKANO & post tidak berhati perut dari saya +

Salam y'all~

Tengok tajuk post pun mesti you all akan berkata "WTH?" kan kan? Just nak kongsi apa yang Anna nampak hujung minggu 4 hari yang lepas xD Asalnya memang cuma nak pergi beli rumah baru untuk budak2 kecik di rumah Anna tu, tapi alang2 tu kami join Dyrenz, Aiko and their friends pergi tengok movie++ later that evening. But sampai2 je Qi dengan Anna pergi lunch di IKEA** sebelum bergerak ke ACE Hardware & Pet Lover's Center di IKANO Power Center. Masa lalu di Concourse level IKANO tu, rupa-rupanya ada Mini Bird Park dari 4 Jun-20 Jun 2010. Ini sebahagian daripada gambar2 yang Anna dapat snap. Walaupun tak berapa banyak sangat burung yang ada tapi yang ada di situ semua cantik-cantik dan unik! Mereka juga ambil kesempatan untuk mempromosikan filem "Legends of the Guardian : The Owls of Ga'Hoole" yang memfeaturekan kisah guardian owls in armor and it's gonna be in 3D~! *w*

Pandai posing burung2 ni... =D
Burung Cockatoo!Burung Enggang(?)Burung ni macam stoned je...."Rose-Breasted Galah Cockatoo"Cukup susah nak ambil gambar dia ni. Suka tunjuk punggung dia kat Anna =w=;;;"Citron Crested Cockatoo"Ada seekor tu dia bertenggek kat bahu abang penjaga kat situ 8D Sangat manja!Pelawat-pelawat IKANO lain yang turut enjoy Mini Park tersebut

(**Post kejam nombor satu : Anna cuba makan set dish promo yang baru di IKEA bersempena dengan Swedish Food Fair. Nama dia Salmon Ginger-Glazed .....[x ingat nama sbb Qi yang pergi beli >_<]. Ikan Salmon tu sama dengan the normal Salmon with Lemon Herb yang regular di IKEA, yang bezanya dia punya gravy tu lebih cair dan dibuat daripada pes halia campur madu. Salad pula sama kentang tapi yang ni dia punya stir-fry agak pelik dan memang tak sentuh langsung .___. Maaf sangat gambar tak ada sebab sangat sakit hati. Rm15.90 Anna terbang tanpa sebarang rasa nikmat ;w;)

Jadi lepas daripada kami berlegar-legar sekitar Concourse area, kami pun cari barang2 hardware dan juga pergi membeli rumah baru untuk keluarga hamster di rumah Anna. Ada jugalah pilihan yang menarik hati tapi alahai budget pulak tinggi. Last2 kami opt untuk beli rumah dari brand Habitrail sebab budget dia just nice and dia ada banyak pilihan untuk expansion.

Rumah baru~ Yay!
Beli bathing sand berbau Ros
Letak dalam bekas 'sauna' a.k.a bilik air/jamban hamster 8D
Letak dalam cage lama, masing2 curious apa bendalah ni
Berebut ramai-ramai last2, nak guling2 atas pasir. Seronok tengok they all main pasir, main tanam2 diri, sebab refreshing dan warm kot.Nilah cage baru yang Qi setupkan dan budak2 ni dah dipindahkan masuk.Trish meroyan. Entah kenapa entah.... @__@
Anna try beli makanan hamster jenis baru. Brand yang sama, "BURP" tapi ang ni dipanggil 'cocktail mix'. Tapi nampak macam tak ada beza je dengan yang normal punya.

Sekian cerita pasal hamster~ Sekarang Anna nak menukar topik pula....

AMARAN : Jika anda rasa bakal sakit hati membaca pandangan jujur saya, sila stop scrolling sekarang dan alihkan browser anda pada website lain xD

(++Post kejam No. 2 : Review movie Prince of Persia (POP) Sands of Time. Sememangnya pada awal ura2 pembikinan filem ni lagi, Hollywood mendakwa ia berdasarkan pada game Trilogi POP yang asal but terus-terang Anna cakap, sebagai seorang fan and gamer POP semenjak dari zaman 2D-nya lagi, Anna cuma 50% je gembira. Iya, mereka mendapatkan nasihat Jordan Mechner, juga produser untuk game POP dari UbiSoft, tapi bila kita sebut pasal Hollywood, jawapannya akan jadi "Fan-Fiction versi panggung wayang" punya hanya kerana mereka ada duit.
  • Tajuk : I would prefer it if Hollywood just drop "The Sands of Time" sebab rata2 fans asal game POP 3D yang first ni rasa fandom mereka diperlekehkan. Bagi game fans, SOT konsepnya khusus untuk game dan kalau mereka nak buat movie pun (sebab dah lari jauh dari konsep dan jalan cerita asal game) the very least, they could use another different title atau tak include SOT supaya game fans tak kecil hati. (salah seorang fans yang sedih)
  • Nama Watak : memang fakta yang diketahui ramai game fans bahawa the POP tak ada nama. Dia sentiasa dikenali sebagai "The Prince" ;w; Dalam movie ni, mereka bagi POP nama 'Dastan'.......=w= WTH
  • Pelakon Utama : Memang tidak dinafikan, Jake Gyllenhaal memang hampir 95% kepada original character design akan tetapi oleh kerana tajuk yang mereka ni gunakan adalah "Sands of Time", pada pandangan honest Anna, (sila rujuk gambar di bawah), Jake cuma ada rupa Prince dari "The Two Thrones". They could try grooming him to look more like the SOT Prince. Sian dia, tak perlulah dia nak build-up badan gila2 untuk movie ni 8D
  • Kostum : Kostume Prince 'Dastan' memang ditiru bulat2 dari "The Warrior Within"....tapi filem nama "Sands of Time".....(hollywood ni....)
  • Watak Heroin : Dalam SOT, puteri asalnya adalah Princess Farah dari India. Kerana kerajaan Parsi, diketuai oleh ayah The Prince mengepalai angkatan untuk menyerang kerajaan India atas hasutan wazir jahat Parsi semata-mata untuk mendapatkan hourglass sands of time demi niat buruk. Tapi dalam movie, mereka cipta satu Original Character (OC) a.k.a Mary-Sue (satu istilah khas yang digunakan oleh FF.net bagi watak perempuan nobody yang direka oleh fans/moviemakers yang tak pernah wujud dalam canon universe tapi digandingkan dengan hero.). Watak heroin dalam movie ni adalah Princess 'Tamina' yang kononnya paling 'cantik', paling 'berani' tapi hancur as the movie progresses. Dahlah annoying, banyak cakap yet tapi berlagak penting =w= And the fact that Gemma Arterton pegang watak tu, lagi buat fans rasa bengang. IMHO, she doesn't have the poise to be a "princess" material. At least, they could get someone like Natalie Portman atau Olivia Wilde (House) for "Tamina" because they have that 'elegance' and sultriness.
  • Plot Cerita : Ubah betul. Sands direlease nak dekat akhir movie. Mana zombie2? Mana undeads? T________________T
Sebab sakit hati, Anna pergilah main balik game SOT for old time's sake sambil dengar OST dia yang lagi masyuk dari movie wuuuu

Sekian post kali ini. Anna minta maaf sangat kalau ada sesiapa yang tak setuju dengan pandangan Anna. Lain orang, lain persepsi and this is mine. Because i love the game and honestly, it's action sequences are the only saving grace of the movie.

However, UbiSoft baru sahaja keluarkan game baru POP bersempena keluarnya movie ni iaitu :

Khusus untuk konsol PSP dan PS3. Nak beli ke tak.....hmmm.....

Till next post, y'all~! *hearts* Thanks for reading!

Friday, June 4, 2010

+ Review Filem : Legenda Budak Setan 2010 +


Salam y'all!

Hari tu Anna ada cerita kan yang Anna ada screening dengan Cinema Online. dengan QI, Dyrenz and Aiko. Nak tau cerita apa? Ahahaha the 2nd Malay movie i've ever watched at the cinema until today after Afdlin Shauki's Papadom. Iaitu tak lain, tak bukan, adaptasi novel penulis terkemuka Ahadiat Akashah (AA) iaitu Legenda Budak Setan (LBS). Teringat masa tahun 90-an dulu, sebelum wujudnya novel2 dari Alaf 21, masa tu pioneer and leading publication company cumalah Creative Enterprise. Genre pada ketika itu banyak memfokuskan kepada cerita remaja berbanding Alaf 21 yang genrenya telah menjadi 'matang' dan lebih memfokuskan kepada golongan wanita young adults dan adults respectively.

i masih ingat lagi masa tu i baru belasan tahun, tapi asal time cuti sekolah, i selalu serang any bookstores untuk hunt down AA's books dan juga penulis2 Creative Ent. yang lain. LBS adalah one of AA's major titles tapi Anna lagi suka baca cerita Hikayat Cinderella, Snow White 95 dan Pilot Cafe. Another thing yang i perasan ialah Abang Ahadiat suka integratekan tajuk2 fairytale kepada tajuk2 novelnya, menjadikan ia lebih attractive and lebih hooking, in my honest opinion. Walaupun ceritanya banyak memfokuskan kepada remaja, tetapi banyak watak2 yang dicipta oleh Abang Ahadiat ni adalah orang dewasa. AA knows how to make the readers submerge themselves with the characters of the story. Kata2nya memang berseni dan menyentuh perasaan. Dan AA dah banyak menghasilkan karya2 sepanjang penglibatannya dalam bidang penulisan di Malaysia ni.

Jadi, berbalik kepada novel AA iaitu LBS, sinopsisnya :

"Membuai jiwa, meruntun perasaan, mengundang ceria segala suka duka terhimpun di sini. adakah senyuman yang tercipta atau airmata kesudahannya? hanya Tuhan yang menentukan segalanya. . . Lebih satu dekad Kasyah mencipta cinta. Dari lelaki yang tak pernah kenal erti kasih sayang. . . dia menjadi pencinta agung. Dia tabah mengharungi apa saja. . . demi sumpahnya mencintai ayu sehingga ke akhir hayat. Setulus manakah agaknya cinta seorang lelaki yang pernah dilabelkan sebagai budak setan kerana kenakalannya di zaman persekolahan? Namun, berjayakah dia menyunting Ayu menjadi permaisurinya? Akan bahagiakah dia? Mampukah dibuktikan pada dunia. . . cinta adalah segala-galanya! Cuma Ayu yang punyai jawapan itu. Dan, Allah sebagai penentu! Dan, siapakah pula Katerina?" - Dipetik dari www.ahadiatakashah.org

Jadi, cerita filem LBS tak lari jauh dari novel. Kasyah berjaya dibawa oleh Farid Kamil, Ayu pula oleh Lisa Surihani, Emilia@Ayu oleh Shikin Kamal, watak Azmi dibawakan oleh Que Haidar dengan penuh perwatakan, manakala Katerina@Kate dilakonkan oleh Fazura. Walaupun begitu, my honest opinion adalah Kashah deserve slightly more scene when he was younger to really show why he was dubbed as "Budak Setan" di kampusnya. Kejahatannya masih belum cukup 'kaw' lagi 8D Watak Azmi pun sama. Dia seharusnya seorang pemabuk, kaki perempuan cuma sayang Que tak diberi peluang yang banyak untuk develop characternya sebab maybe director nak kejarkan satu jilid novel punya jalan cerita dalam filem yang selama 1 jam lebih. Que and Farid are great actors but walaupun sekejap, watak Azmi memang meninggalkan impak yang menusuk dengan keganasannya sebagai seorang pendera dan lelaki yang dayus owOb kan best kalau Que boleh berlakon jadi mabuk sebelum bahagian intermission filem tu =\ (semalam baru ternampak Que lepas balik kerja kat area Wangsa Maju xD Qi panggil 'Azmi, Azmi', dia x perasan ahahaha) At first (sebab ingat tak ingat je jalan cerita novel tu), Qi kata dia rasa watak Kate tu kalau x de pun x apa. But Anna tak salah rupanya bila Anna main teka dan cakap Kate ni akan memainkan peranan yang lebih major di sequelnya selepas ini, jika ia mengikut flow novels AA selepas LBS, iaitu Katerina dan Kasyah: Legenda Berakhir. Jadi, nanti boleh tengok Farid Kamil & Fazura muncul kembali dalam filem-filemsambungannya selepas ni.

Tahniah kepada Abang Ahadiat Akashah!!! i am not surprise if one day karya Abang akan menjadi komponen sastera pendidikan menengah xD Manalah tahu....

Till next time!

Wednesday, June 2, 2010

+ Casual Shoot , May 2010 +


Salam semua~!

Hari ni dah 2 Jun, menandakan dah separuh dari tahun 2010 kita lalui. Tapi rasa macam x ada banyak benda menarik yang berlaku xD i'm afraid i haven't done much yet for this year. Tapi memang dah mula berjimat dan menyimpan dengan serius. Sebab nak simpan duit untuk you-know-what~ >D Dan Anna pun dah ada my own Book of Ideas (B.O.I), kat mana dalam tu ada bermacam-macam note, sketches, designs, budget planning dan macam-macam lagi kecuali isihati (lawl ia bukan diari 8D). Antara sebab-sebabnya adalah Anna nak dapatkan yang terbaik dari yang terbaik untuk segala-galanya. Walaupun bukannya dekat langsung tapi i learnt that to start small is the best method for the current situation. Over-excited nanti, khuatir hancur atau kecundang but takkan nak buat last minute juga kan? >__<

Pada 22 Mei yang lepas, Anna ada ajak Aiko buat casual photoshoot untuk portfolio peribadi. Kebetulan Aiko nak meninjau International Beauty Expo di KL Convention Center. So Anna berjumpa dengan Aiko di Suria KLCC. Dan dari situ, kami menapak ke KLCC Park. Aiko, ditemani oleh bodyguardboyfriendnya, En. Dyrenz, worked her magic on me~ =D

Photographer & Edits : Aiko
Model : Sayalah xD






Masa ni Qi belum ada tapi dia sempat join kami for lunch. Afterwards, dia bawa Anna tengok :

The final chapter of Shrek and it's really good walaupun Anna rasa the third movie is still the best but it's entertaining nevertheless. The jokes and all are still there and still original~ It is also a movie which DVD Anna akan beli for its memorable value~ =D

The next day, on Sunday, Qi dan Dyrenz teman Anna pergi rumah Aiko, buat photoshoot lagi kat basement rumah dia~ And dapat jumpa Salem~ Kucing Aiko~ xD Sungguh nakal, sungguh comel, sungguh gebu! Seronok main2 dengan dia~ *w*

Thank you Aiko for the pic!

Habis shoot, kami pergi late lunch dan terus pergi main Left4Dead2 kat CC area Taman Connaught tu~ wahahaha~ Kami main Campaign mode and berjayalah jugak habiskan 2 missions dalam 3 jam~

Nak main L4D2 lagi...... ;w;

But! Malam ini, Rabu malam biasanya Anna akan turun Kelana Jaya, tempat ofis Qi and join his officemates main L4D2, tapi tonight ada screening. Cerita apa? Hohohoho....tunggu....