Pages

Tuesday, December 27, 2011

TweetMobile Digest #1 (133 days & counting....) Brief intro to my themed dinner wedding dress.

  • Mood:
  • Listening to: Baby U! by MBLAQ
  • Reading: The Hunger Games by Suzanne Collins
  • Watching: Private Practice
  • Playing: -
  • Eating: -
  • Drinking: NesVita

SELAMAT TAHUN BARU friends & visitors!

Dah 2 bulan saya tak sempat post apa-apa sebab memang sibuk bergerak ke sana ke mari membuat persiapan kahwin, membuat character appearance untuk Animax Asia & menyesuaikan diri di tempat kerja baru. Sejak bertugas di Cyberjaya ni memang waktu untuk menulis blog amat terhad. Keluar rumah pkl 6.30 pagi and sampai rumah pukul 8.45pm setiap hari.

Tapi pejam celik, pejam celik ada lagi 133 hari lagi sebelum saya & tunang akan diijabkabulkan.

Sebab terlampau banyak benda nak cerita, saya wujudkan TweetMobile Digest sebagai kompilasi semua mobile uploads & twitter uploads progress persiapan saya sepanjang ketiadaan entri baru di blog ini.

Oleh kerana kesuntukkan masa, saya tak dapat nak elaborate dengan lebih lanjut pasal idea & tema perkahwinan kami tapi setakat ini, apa yang boleh dikongsi adalah, untuk veil semasa themed dinner, 27 May 2012 nanti, veil & baju saya akan diinspirasikan daripada baju perkahwinan ikonik yang dipakai oleh Senator Padme Amidala Naberrie di saat dia bergelar Puan Anakin Skywalker dalam Star Wars Ep II: Attack Of The Clones :)

Selesai sebahagian beading parts di atas veil tersebut. Sebab kostum asal menggunakan orange blossoms sebagai bunganya, saya terpaksa substitute dengan normal tear-droped pearl beads. Dengan menggunakan wayar bunga biasa, saya gunakan hot glue untuk lekatkan indvidual beads pada wayar tersebut sebelum dibentukkan menjadi spirals.


Manakala untuk veil tu pula, saya beli veil yang berharga Rm19.90 per mtr dari Nagoya. Warna asalnya adalah putih, dan untuk mendapatkan warna ala vintage ataupun warna pudar dan lusuh, saya warnakan guna air teh yang mendidih. Nak lagi berkesan, tambahkan garam sebanyak mungkin untuk 'lock'-kan warnanya dalam fabrik :) Hasil akhirnya adalah seperti gambar di panel no. 3.

Ini pula adalah bahagian baju. Sekarang baru habis stencil pattern sulaman sebelum mula menyulam. Saya tak pernah sulam tangan, tapi i hope it will turn out okay. On the right panel pula adalah pattern untuk lengan dress. Semua credits dari Padawansguide.Com. More details akan diceritakan nanti.

Progress baju nikah & bertandang pula akan ditulis nanti :)

Finally, our additional thank you tags from Lurvering is here :D Thank you Kak Maisilina! They look so cute *__*

Kerana kesuntukkan masa, sampai di sini sahaja digest pertama saya. InsyaAllah, nanti lebih banyak akan ditulis bergantung pada masa & keadaan jika diizinkan.

Thank you for the visit!

Love,
Diyana