Pages

Wednesday, June 29, 2011

Apsal dah tak pergi event & cosplay?

(Entri ini ditulis selepas kerja & deliverables saya dah clear hari ni =D)

*Takde gambar. Tak nak kena sue. Saya pulak kalau boleh dah tak nak tunjuk selalu gambar-gambar lama saya*

Salam semua. Ada beberapa orang bertanya, kenapa saya makin mendiamkan diri dari sebarang event atau aktiviti 'cosplay'. Siap diactivate account FB cosplay pulak tu. Post ini secara tak langsung akan menjawab kenapa.

Iya dulu, saya pernah alpa dengan hal-hal duniawi. Sangat obsessed dengan budaya 'cosplay', solat pun culas, pergaulan pun bebas dan semuanya bermula semenjak saya mula bekerja dan dapat income sendiri. Dalam tempoh 4 tahun lebih saya berkecimpung dalam 'dunia' ACG di Malaysia ni, saya dengan rasa rendah dirinya mengakui, hidup saya memang dalam kegelapan. Dalam dunia yang menjadi 'trend' di kalangan anak-anak remaja (dan tak ketinggalan yang sudah boleh 'dikategorikan' sebagai 'mak2' dan 'bapak2' orang) zaman sekarang ini, manusia-manusia yang terutama sekali beragama Islam cepat alpa dan leka sebab seronok. Saya tak kata dunia itu buruk cuma pengaruhnya amat kuat dan boleh membuat seseorang tu taksub kalau tak dikawal.

I was one of them & i had been there.

Dulu, saya memang seorang yang anggap aktiviti cosplay ini satu yang serious. It's like i was becoming an anal retentive person, mesti accurate from top-to-toe, kalau tak dapat mestitension nak mengamuk, pastu leka sangat siapkan props, accessories and costume, solat terlepas and then pergi event masa weekend, Zuhur + Asar + Maghrib tak buat (ambik hang....combo dosa -___-;). Sebab apa? Susah nak tukar baju, nak buang make-up dengan wig. Itu tak masuk solat Isya' lagi, kalau dah sampai rumah lewat dalam keadaan penat terus pengsan sampai esok pagi sah2 ponteng lagi. Dulu saya bangga dedah kulit, (lagipun masa tu saya masih single, jadi saya suka attention dari bukan sahaja opposite sex, malahan sama genderpun boleh jugak. Vain gila saya ni. Tapi Allah nak ajar saya bila dia temukan saya dengan 'douchebag' cosplay newbie dalam tahun 2008 dulu but itu cerita lama, biarlah berkubur) suka betul berlumba-lumba nak buat character yang design cantik2 and exposing especially yang baru keluar. Duit gaji habis tiap bulan sebab 'ketaksuban'. Kadang-kadang duit makan pun tak cukup. Sanggup guna duit yang tinggal sikit untuk beli material dari buat makan @___@ Duit savings pun tak pernah lekat.

Ya, ia bukan lagi satu hobi yang sihat, ianya sesuatu yang hampir menjadi 'kanser' dalam hidup saya. Saya banyak habiskan masa di luar berbanding di rumah dengan keluarga. Saya bukannya datang dari keluarga yang ramai dan bahagia setiap masa tapi itu tak sepatutnya menjadi alasan saya yang jahil ketika itu untuk membazirkan masa di luar.

Ini hanyalah pendapat saya.

Kebaikan cosplay society
- Dapat realisasikan minat terhadap watak2 animation, comics, games dsbg.
- Dapat jumpa kenalan baru yang sama minat
- Dapat asahkan bakat serta kreativiti
- Kalau masuk competition, dapat bragging rights (lol) dan duit.
- Kalau menang, ramai orang puja
- Kalau cantik, pun ramai orang puja
- Pergi event, ramai orang ambil gambar

Keburukan cosplay society
- Sangat bahaya & boleh memerangkap mereka yang hatinya lemah sampai boleh alpa
- Pergi event, terlepas solat. Leceh nak tanggal wig dengan make-up bagi perempuan.
- Jumpa kawan cosplay, asyik cakap pasal cosplay je. Takde nak tanya khabar mak ayah atau studi/kerja macamana
- Duit beratus-ratus habis untuk benda yang nak pakai beberapa hari/beberapa jam untuk seumur hidup
- Kena seiring dengan umur. Kebanyakan cosplayer-cosplayer oversea yang famous macamEtaru pun masih muda. Yang dah berusia macam Yaya-han, Windofthestars, Melina, Linda Le, Alodia dan Francesca pun bercosplay sebab ada masa lapang dan mampu. Mereka pun pandai pilih watak sesuai dengan fizikal dan usia mereka. Tapi mereka orang barat, tak manis untuk orang timur macam kita terlampau mengikut budaya dan gaya hidup mereka.
- Senang dapat perasaan riak bila tengok muka sendiri. Cantik kan? But kalau sendiri2 takpelah. Dah sebarkan kat orang lain, dah jadi riak.
- Wujud 'kronisme' dan 'elitisme' dalam Malaysia punya scene. Tiada comment lanjut dapat diberikan =)
- Segelintir muda-mudi nowadays yang mula berminat untuk bercosplay, niat tu datang hanyalah untuk dapat attention from people, famous, rasa glamor bila orang ambil gambar dievent & tak kurang juga yang fikir cosplay ni jalan shortcut untuk all those aspiring model wannabes.

I love being inside that scene so much that selepas recover daripada an almost nervous breakdown sepanjang tahun 2008, saya buat keputusan untuk jadikan cosplay ni sebagai satu-satunya tujuan hidup saya. Teruk kan? Kerja pun sekadar nak dapatkan duit untuk projek baru. Sambung belajar? Kahwin? Jauh sekali semua tu. Saya memang dah tutup hati betul-betul. Tak nak dikecewakan lagi. Saya cuba ubati kesedihan dan kekosongan dalam hati ni dengan makin ligat bercosplay. Apa yang saya tak sedar, saya lagi menjunam lebih dalam. Bangga bila dipuji diFacebook, banyak 'likes' pada gambar, riak & takbur pada kelebihan yang Allah bagi, ego makin tinggi dengan setiap nikmat yang ada dan semakin ramai 'kawan' yang menyokong walaupun ramai juga yang mengata di belakang pada masa yang sama mereka menabur kata-kata manis di online. Tak semua yang dalam scene tersebut buruk, ada juga yang hatinya baik dan bijak serta matang dalam menilai. Tapi ada juga yang bersikap 'biarlah aku dianiaya asalkan aku ada kawan dalam scene ni' walaupun terang-terang so-called 'kawan' tu buat onar bukan sekali, malahan banyak kali kat empunya badan tu! Tak kurang juga yang makan hasutan dari orang yang dengki & tak suka dengan kelebihan yang orang lain ada.

Namun, dalam masa saya kehilangan arah, Allah temukan saya dengan Qi. Dia yang banyak cetuskan kesedaran dalam saya. Kalau dulu solat banyak tinggal, sekarang, saya akan cuba usahakan untuk cukup lima waktu. Lagi awal waktu, lagi baik (InsyaAllah, walaupun kadang-kala ter'kantoi' jugak). Saya sedar apa yang lebih penting dalam hidup ni sebab Qi selalu ingatkan saya. Akhirat itu yang hakiki. Saya usaha untuk tinggalkan 'dunia' tu, tapi saya takkan buang kesemuanya terus sebab ianya adalah sesuatu hobi yang saya minat. Tapi, minat saya tu sudah berpada-pada. Saya tak akan biarkan minat itu kawal hidup saya. Not anymore. It's only a hobby now. Kalau pergi event pun, cuma 2-3 setahun, itupun sebab Qi yang jadi emcee. Itupun salah satu dari rezeki dia buat freelance work, saya mesti support =) Saya pergi pun sebab nak jumpa kawan-kawan yang masih sudi nak jumpa saya. Kalau cosplay pun, dalam 4-5 jam, terus tukar baju, buang make-up supaya boleh kejar Zuhur dengan Asar. Design outfit pun kalau lagi banyak tutup, lagi bagus. Event oversea? Tunggu dah nikah, baru saya pergi. Qi dan saya pun teringin nak bersama menjejakkan kaki di Dragon Con satu hari nanti kalau ada rezeki, InsyaAllah. Tapi kalau ada jemputan untuk charity event, saya mesti akan pergi. Jangan risau =) Account FB tu pun saya diactivate sebab i need a peace of mind. Tak nak baca atau tengok benda2 yang boleh mencetus apa2 yang kurang enak dirasa, didengar atau dilihat. Bila saya nak contact kenalan2 cosplay di Indonesia, Itali atau US baru saya bukak balik 8)

Dalam period saya nak 'cuci diri' dari scene tu, banyak persahabatan yang kecundang sebab perselisihan faham & juga kelemahan saya sendiri. In the end, saya akur kerana ada yang boleh terima perubahan kita, ada yang akan mengherdik dan mencemuh (itu tak masuk cakap-cakap di belakang). Isu tudung, isu solat adalah satu isu yang sensitif. Sebab benda tu, saya putus persahabatan dengan beberapa orang kawan2 baik dalam scene tu walaupun punca asal bukan dari saya. Saya bukan sempuna, jadi saya minta maaf kalau ada yang terluka & jauh hati dengan perubahan (pemakaian & pemikiran) saya. Ada orang panggil saya goody-two-shoes sebab cuba nak jadi 'baik'. Demi Allah, niat saya ikhlas untuk diri sendiri. Saya radikal hanya pada diri sendiri.

Hanya Allah dan Qi sahaja yang faham kesusahan saya. Antara keredhaan Allah dan kawan & dunia itu, semestinya Allah sahaja yang patut menjadi pilihan saya. Sebab dia, saya dah nampak jalan yang sepatutnya saya ikut 4 tahun lepas. Banyak dugaan yang kami terpaksa hadapi dari banyak sudut. Saya harap kami dapat terus tabah.

Kesimpulannya, saya tidak mematikan minat saya tapi cuma mengawal dan berpada-pada. Apa yang buruk, saya tinggalkan tapi apa yang baik akan saya simpan. Kepada sesiapa yang minat dan mula nak jadikan aktiviti ni sebagai hobi, tak kira muda atau berusia, gunalah duit hasil usaha titik peluh sendiri dari guna duit mak ayah macam tu buat beli costume and props. Kalau pergi event atau photoshoot, cuba untuk tidak tinggal solat dengan sengaja. Minat biarlah sebab minat, bukan nak cari populariti (ingat boleh masuk majalah, newspaper and all. Memang keluar press/article semua but in the outside world, you're still a nobody walaupun kamuChampion Cosplay Competition Comic Fiesta sekalipun. Champion tiga tahun berturut-turut pun, benda tu kalau nak masuk dalam resume untuk kerja, takde employer yang pandang.Quality kamu sebagai manusia yang all that matters.) atau niat2 lain yang tak sedap diketahui. Jangan leka. Jangan kerana minat, agama dan kualiti diri tergadai. Itu je.

Saya faham sesiapa yang terbaca entri ni mungkin ada yang bakal tersinggung atau tercuit hati, tapi ini adalah salah satu perkara yang saya malas nak kongsi dengan orang. Bukan apa, in the so-called scene, no one likes a do-gooder or sesiapa yang nak berkongsi pendapat/pengalaman. Dalam dunia tu, ada fanatics yang tak boleh terima pandangan orang lain. Bagi mereka, mereka je yang betul. Talk their language, think unwisely like them or be an outcast. But it's okay, jangan biarkan sesiapa pun ubah diri kamu dari kebaikan. Yang nak berjaya di dunia DAN akhirat adalah kamu, bukan mereka. Memang tak adil nak masukkan isu agama dengan cosplayni tapi tanpa agama & Allah, siapalah kita?

And lagipun, next event yang saya minat nak pergi pun cuma Kursus kahwin di Mont Kiara bulan Julai ni InsyaAllah =)

Monday, June 27, 2011

Semoga aku tidak melakukan kesilapan yang sama....

Assalamualaikum,

Dah lama sangat2 i tak share apa-apa kat sini. Almaklumlah, recently ada 'downtime', maka kesihatan mental & emosi sedikit terganggu. Lepas dah dapat settle in few weeks kat tempat kerja baru, barulah rasa okay sikit untuk pick-up balik writiAdd Imageng - to where i left them off.

Pendapat hari ini:
Alhamdulillah, saya baru sahaja menerima beberapa undangan perkahwinan rakan-rakan dengan pilihan hati masing-masing untuk jemputan beberapa bulan ke hadapan. Tumpang seronok sebab, bertambah kawan2 kami yang nak mendirikan masjid & finally, dapat disatukan dengan pasangan yang dicintainya. Tapi, dalam happy2 kami tu, saya dapat rasa yang salah seorang kawan saya ni nampak lagi stress out lebih dari biasa.

(Disclaimer: Cerita ini hanyalah untuk mengambil pedoman oleh sesiapa yang berhajat untuk mendirikan rumahtangga satu hari nanti.) Korek2 cerita, rupanya isu hantaran, both duit and hadiah. Parents bride letak RMxxk sebagai wang hantaran masa tunang...dan buat masa sekarang....owO Eh ada ke macam tu? Dah nak nikah lagi 4 minggu, boleh tiba2 ter'naik' ke harga hantaran? Kalau terkurang, baguslah but ni macam last2 minit boleh ke jadi macam tu? Saya belum pernah terlibat dalam urusan2 macam ni lagi but memang curious. ._____.

Saya pernah satu masa dulu, tanyakan ayah saya secara casual pasal hantaran (sbb Qi curious nak tau berapa my dad letak untuk saya). Ayah saya jawab simple je: "Berapa-berapa yang bakal suami mampu, berilah. RM1k, RM5k ke RM10k ke, Daddy tak akan ambil sesen pun duit tu. Semua yang bakal suami bagi, Daddy akan masukkan dalam akaun adik buat belanja lepas kahwin, nak sewa rumah ke apa ke. Pasal duit belanja kahwin, Daddy akan keluarkan duit Daddy sebab itu tanggungjawab Daddy sebagai seorang ayah. Daddy bukan nak jual anak." (Note: Saya anak bongsu jadi sampai dah tua bangka pun, panggilan adik oleh keluarga pada saya tak pernah luput X--X) Berair jugalah mata saya sebab dengar jawapan ikhlas dari seorang ayah yang jarang saya nak berbicara selalu dalam rumah sebab ayah saya jenis yang reserved, tak banyak cakap & hanya bercakap bila perlu. Saya tahu ayah saya seorang yang dahulukan agama dari adat. (Lagipun mungkin dia fikir nasib baik ada orang nak jugak kat anak perempuan dia yang dahlah ganas, tak reti masak pulak tu *cough*)

Pasal hadiah hantaran, awal-awal saya dah bagitau kat bakal suami, saya tak nak barang-barang branded yang expensive sangat. In fact, saya siap offer nak beli guna duit sendiri haha Tak pun bagi saya, lepas kahwin, kalau rasa nak beli super expensive accessories, baru saya beli bila duit bil, duit hutang, duit makan dan duit penting lain dah dilunaskan. Sebab bagi saya, kalau boleh nak ikut cara Islam, nak belanja buat yang wajib dulu. Yang lain-lain tu, kalau ada extra and mampu. Silap haribulan, persiapan kahwin saya satu hari nanti (InsyaAllah), mungkin banyak jatuh atas bahu saya seorang. Kawan-kawan rapat pun samada jauh (Ashlyn.....bila nak balik Malaysia? T___T Let's go get some materials in Bandung together this December?), lost contact atau dah bawa haluan masing-masing =( Bila masa tu dah sampai baru saya fikir betul-betul pasal semua benda ni. Cuma kisah kawan saya tu, saya akan jadikan pedoman & saya berdoa segala-galanya berjalan lancar buat dia dan pasangan & semoga bahagia sehinga akhir hayat.

Saya berharap & berdoa saya tak akan membebankan bakal suami saya tu bila tiba masa untuk saya pula memikirkan pasal benda-benda ni.