Pages

Friday, June 4, 2010

+ Review Filem : Legenda Budak Setan 2010 +


Salam y'all!

Hari tu Anna ada cerita kan yang Anna ada screening dengan Cinema Online. dengan QI, Dyrenz and Aiko. Nak tau cerita apa? Ahahaha the 2nd Malay movie i've ever watched at the cinema until today after Afdlin Shauki's Papadom. Iaitu tak lain, tak bukan, adaptasi novel penulis terkemuka Ahadiat Akashah (AA) iaitu Legenda Budak Setan (LBS). Teringat masa tahun 90-an dulu, sebelum wujudnya novel2 dari Alaf 21, masa tu pioneer and leading publication company cumalah Creative Enterprise. Genre pada ketika itu banyak memfokuskan kepada cerita remaja berbanding Alaf 21 yang genrenya telah menjadi 'matang' dan lebih memfokuskan kepada golongan wanita young adults dan adults respectively.

i masih ingat lagi masa tu i baru belasan tahun, tapi asal time cuti sekolah, i selalu serang any bookstores untuk hunt down AA's books dan juga penulis2 Creative Ent. yang lain. LBS adalah one of AA's major titles tapi Anna lagi suka baca cerita Hikayat Cinderella, Snow White 95 dan Pilot Cafe. Another thing yang i perasan ialah Abang Ahadiat suka integratekan tajuk2 fairytale kepada tajuk2 novelnya, menjadikan ia lebih attractive and lebih hooking, in my honest opinion. Walaupun ceritanya banyak memfokuskan kepada remaja, tetapi banyak watak2 yang dicipta oleh Abang Ahadiat ni adalah orang dewasa. AA knows how to make the readers submerge themselves with the characters of the story. Kata2nya memang berseni dan menyentuh perasaan. Dan AA dah banyak menghasilkan karya2 sepanjang penglibatannya dalam bidang penulisan di Malaysia ni.

Jadi, berbalik kepada novel AA iaitu LBS, sinopsisnya :

"Membuai jiwa, meruntun perasaan, mengundang ceria segala suka duka terhimpun di sini. adakah senyuman yang tercipta atau airmata kesudahannya? hanya Tuhan yang menentukan segalanya. . . Lebih satu dekad Kasyah mencipta cinta. Dari lelaki yang tak pernah kenal erti kasih sayang. . . dia menjadi pencinta agung. Dia tabah mengharungi apa saja. . . demi sumpahnya mencintai ayu sehingga ke akhir hayat. Setulus manakah agaknya cinta seorang lelaki yang pernah dilabelkan sebagai budak setan kerana kenakalannya di zaman persekolahan? Namun, berjayakah dia menyunting Ayu menjadi permaisurinya? Akan bahagiakah dia? Mampukah dibuktikan pada dunia. . . cinta adalah segala-galanya! Cuma Ayu yang punyai jawapan itu. Dan, Allah sebagai penentu! Dan, siapakah pula Katerina?" - Dipetik dari www.ahadiatakashah.org

Jadi, cerita filem LBS tak lari jauh dari novel. Kasyah berjaya dibawa oleh Farid Kamil, Ayu pula oleh Lisa Surihani, Emilia@Ayu oleh Shikin Kamal, watak Azmi dibawakan oleh Que Haidar dengan penuh perwatakan, manakala Katerina@Kate dilakonkan oleh Fazura. Walaupun begitu, my honest opinion adalah Kashah deserve slightly more scene when he was younger to really show why he was dubbed as "Budak Setan" di kampusnya. Kejahatannya masih belum cukup 'kaw' lagi 8D Watak Azmi pun sama. Dia seharusnya seorang pemabuk, kaki perempuan cuma sayang Que tak diberi peluang yang banyak untuk develop characternya sebab maybe director nak kejarkan satu jilid novel punya jalan cerita dalam filem yang selama 1 jam lebih. Que and Farid are great actors but walaupun sekejap, watak Azmi memang meninggalkan impak yang menusuk dengan keganasannya sebagai seorang pendera dan lelaki yang dayus owOb kan best kalau Que boleh berlakon jadi mabuk sebelum bahagian intermission filem tu =\ (semalam baru ternampak Que lepas balik kerja kat area Wangsa Maju xD Qi panggil 'Azmi, Azmi', dia x perasan ahahaha) At first (sebab ingat tak ingat je jalan cerita novel tu), Qi kata dia rasa watak Kate tu kalau x de pun x apa. But Anna tak salah rupanya bila Anna main teka dan cakap Kate ni akan memainkan peranan yang lebih major di sequelnya selepas ini, jika ia mengikut flow novels AA selepas LBS, iaitu Katerina dan Kasyah: Legenda Berakhir. Jadi, nanti boleh tengok Farid Kamil & Fazura muncul kembali dalam filem-filemsambungannya selepas ni.

Tahniah kepada Abang Ahadiat Akashah!!! i am not surprise if one day karya Abang akan menjadi komponen sastera pendidikan menengah xD Manalah tahu....

Till next time!

No comments:

Post a Comment