Pages

Monday, June 27, 2011

Semoga aku tidak melakukan kesilapan yang sama....

Assalamualaikum,

Dah lama sangat2 i tak share apa-apa kat sini. Almaklumlah, recently ada 'downtime', maka kesihatan mental & emosi sedikit terganggu. Lepas dah dapat settle in few weeks kat tempat kerja baru, barulah rasa okay sikit untuk pick-up balik writiAdd Imageng - to where i left them off.

Pendapat hari ini:
Alhamdulillah, saya baru sahaja menerima beberapa undangan perkahwinan rakan-rakan dengan pilihan hati masing-masing untuk jemputan beberapa bulan ke hadapan. Tumpang seronok sebab, bertambah kawan2 kami yang nak mendirikan masjid & finally, dapat disatukan dengan pasangan yang dicintainya. Tapi, dalam happy2 kami tu, saya dapat rasa yang salah seorang kawan saya ni nampak lagi stress out lebih dari biasa.

(Disclaimer: Cerita ini hanyalah untuk mengambil pedoman oleh sesiapa yang berhajat untuk mendirikan rumahtangga satu hari nanti.) Korek2 cerita, rupanya isu hantaran, both duit and hadiah. Parents bride letak RMxxk sebagai wang hantaran masa tunang...dan buat masa sekarang....owO Eh ada ke macam tu? Dah nak nikah lagi 4 minggu, boleh tiba2 ter'naik' ke harga hantaran? Kalau terkurang, baguslah but ni macam last2 minit boleh ke jadi macam tu? Saya belum pernah terlibat dalam urusan2 macam ni lagi but memang curious. ._____.

Saya pernah satu masa dulu, tanyakan ayah saya secara casual pasal hantaran (sbb Qi curious nak tau berapa my dad letak untuk saya). Ayah saya jawab simple je: "Berapa-berapa yang bakal suami mampu, berilah. RM1k, RM5k ke RM10k ke, Daddy tak akan ambil sesen pun duit tu. Semua yang bakal suami bagi, Daddy akan masukkan dalam akaun adik buat belanja lepas kahwin, nak sewa rumah ke apa ke. Pasal duit belanja kahwin, Daddy akan keluarkan duit Daddy sebab itu tanggungjawab Daddy sebagai seorang ayah. Daddy bukan nak jual anak." (Note: Saya anak bongsu jadi sampai dah tua bangka pun, panggilan adik oleh keluarga pada saya tak pernah luput X--X) Berair jugalah mata saya sebab dengar jawapan ikhlas dari seorang ayah yang jarang saya nak berbicara selalu dalam rumah sebab ayah saya jenis yang reserved, tak banyak cakap & hanya bercakap bila perlu. Saya tahu ayah saya seorang yang dahulukan agama dari adat. (Lagipun mungkin dia fikir nasib baik ada orang nak jugak kat anak perempuan dia yang dahlah ganas, tak reti masak pulak tu *cough*)

Pasal hadiah hantaran, awal-awal saya dah bagitau kat bakal suami, saya tak nak barang-barang branded yang expensive sangat. In fact, saya siap offer nak beli guna duit sendiri haha Tak pun bagi saya, lepas kahwin, kalau rasa nak beli super expensive accessories, baru saya beli bila duit bil, duit hutang, duit makan dan duit penting lain dah dilunaskan. Sebab bagi saya, kalau boleh nak ikut cara Islam, nak belanja buat yang wajib dulu. Yang lain-lain tu, kalau ada extra and mampu. Silap haribulan, persiapan kahwin saya satu hari nanti (InsyaAllah), mungkin banyak jatuh atas bahu saya seorang. Kawan-kawan rapat pun samada jauh (Ashlyn.....bila nak balik Malaysia? T___T Let's go get some materials in Bandung together this December?), lost contact atau dah bawa haluan masing-masing =( Bila masa tu dah sampai baru saya fikir betul-betul pasal semua benda ni. Cuma kisah kawan saya tu, saya akan jadikan pedoman & saya berdoa segala-galanya berjalan lancar buat dia dan pasangan & semoga bahagia sehinga akhir hayat.

Saya berharap & berdoa saya tak akan membebankan bakal suami saya tu bila tiba masa untuk saya pula memikirkan pasal benda-benda ni.

No comments:

Post a Comment