Pages

Monday, September 5, 2011

A Single Muslimah's Guide to Happiness =)

Assalamualaikum w.b.t semua, Salam Aidilfitri saya ucapkan untuk semua. Diharapkan semua dapat menyambut Syawal dengan penuh kesyukuran & kegembiraan di samping keluarga tersayang. Buat rakan-rakan mahupun sahabat yang masih bujang/bersendiri Syawal ini, bersabarlah ya wahai sahabat-sahabatku? You're not alone :)

Kali ini saya nak berkongsi sedikit pandangan/luahan tentang soal hati, jodoh dan kekuatan kasih dalam diri. Saya tahu terdapat ramai lagi para gadis dan anak-anak dara di luar sana yang masih bersendiri. Walaupun saya sudah ada calon/pilihan hati dan telah mula menyemai kasih sejak 2 tahun lepas tapi saya masih lagi seorang yang bujang selagi perjanjian rasmi antara ibubapa kedua-dua pihak belum termeterai. Saya boleh mula merancang tapi jikalau Allah tak izinkan, ianya tidak akan terjadi juga.

I understand & i know how it feels to be lonely every night setiap kali anda berbaring di katil dan lihat ke ruang kosong di sebelah anda sambil memikirkan, "Bilakah ruang ni akan diisi oleh seorang suami?"

I understand & i know how it feels to yearn for a husband's hold when you're crying or having a bad day.

I understand & i know how it feels to want an Imam untuk solat berjemaah setiap kali di rumah.

I understand & i know how it feels to desire a husband & beautiful children of your own and even more so when you happened to be on the receiving end of another woman's great news of engagement/marriage/child birth.

I understand & i know because i am still going through all those process since i was 18 sampailah hari ni. Dan semakin usia saya meningkat, tak dapat dinafikan semakin dalam kekosongan hidup ni terasa.

Namun, tak perlulah saya luahkan 100% apa yang terbuku dalam hati ini sebab semestinya anda juga sama apa yang saya rasakan.

Tapi, La Tahzan wahai saudari-saudari muslimahku di luar sana. Janganlah bersedih. Kerana apa?

Dalam dunia ini, semuanya berpaksi kepada Allah. Sudah tertulis di Arasy Allah s.w.t bagi setiap manusia di muka bumi ni bahawa ada pasangan masing-masing dan apa yang saya percaya, ikatan jodoh itu ibarat dua bahagian tanah yang disambung dengan sebuah jambatan. Panjang jambatan itu adalah tempoh masa bila kedua-dua kawasan itu akan dipertemukan. Ada yang beruntung sebab jambatannya pendek, tak perlu mencari dan menunggu dengan lebih lama. Tapi ada juga yang jambatannya panjang sangat sampai satu tahap kita rasa putus asa untuk mengharungi jambatan itu kerana penat berusaha dan berjalan di atas titian yang semakin jauh, semakin rapuh tapi wajah si dia masih tak kunjung tiba di mata kita. Mungkin ada juga yang sudah nampak kelibat pulau di sebelah sana namun hujung jambatan itu masih tak dijumpai dan mereka masih lagi berjalan, berjalan dan berjalan........

Mungkin juga jodoh kita sempat disatukan di dunia, tapi mungkin juga kita hanya bakal bertemu dengannya di dalam Jannah (InsyaAllah) dengan berwalikan Allah s.w.t sendiri tapi apakah kita layak memasuki mana-mana syurga Allah jika di dunia kita tak berusaha mendapatkan passport ke salah satu dari tujuh Jannah Allah?

Sebagai seorang perempuan yang sama seperti kebanyakkan wanita-wanita muslimah bujang di luar sana, izinkan saya berkongsi sedikit pandangan. Ini juga peringatan untuk diri saya sendiri. Mungkin pandangan saya ada kelemahan, jadi jika ada, tolonglah perbetulkan. Yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu adalah kelemahan saya sendiri. Wallahualam.

1. Sentiasa ingat: "You Are NEVER Alone"
- Walaupun kita anak yatim piatu sekalipun, kita tak akan pernah bersendirian kerana Allah sentiasa bersama dengan kita selagi kita masih ingat pada Dia. Jika kita ingin dipertemukan dengan jodoh yang baik, hanya Allah sahaja yang dapat bagi bukannya manusia lain. Tatkala kita sepi tapi tiada seorang insan yang sudi menemani, Allah sentiasa mendengar doa dan keluhan kita. Jadi, itu membawa kepada point yang kedua iaitu...

2. Perkuatkan hubungan dengan Allah
- Memang sakit bersendirian di dunia. Memang sakit bila kita berharap pada manusia kerana kadang-kala manusia akan mungkir janji tapi janji Allah adalah pasti. Jika kita belum merasa lagi nikmat yang kita nanti-nantikan sebagai seorang wanita, kita tumpukan sepenuh kasih sayang kepada satu-satunya yang paling berhak mendapat kasih sayang kita iaitu pencipta kita, Allah s.w.t. Tanpa Dia, kita tak akan wujud. Selain menjaga amalan-amalan fardhu, kita cuba perbanyakkan lagi amalan-amalan sunat untuk mengisi kekosongan dalam diri kita. Kadang-kala manusia boleh lupa kebaikan manusia lain tetapi Allah s.w.t tidak akan melupakan mereka yang mengingati-Nya. InsyaAllah.

3. Teruskan berdoa
- Jangan sesekali berputus berharap dan meminta sebab hanya Allah s.w.t sahaja yang mampu memberikan apa yang kita perlu dalam hidup. Dia tahu kita sepi, Dia tahu kita sedih bila melihat kebahagiaan dan kurnia yang diperoleh oleh wanita-wanita lain (kita juga manusia biasa yang senang tersentuh hati). Sedih tidak bermaksud kita tidak bersyukur dengan apa yang kita ada, tapi sedih kerana hajat kita untuk memenuhi tuntutan syarak masih belum terlaksana. Teruskan berdoa & memohon kepada Allah agar kita dipertemukan dan disatukan dengan salah seorang hamba-Nya yang baik, beriman, berakhlak mulia & beramal soleh sebagai imam kita di dunia serta akhirat kelak. Kita boleh cuba amalkan doa Nabi Zakaria seperti yang tertulis dalam Surah Anbiya' Ayat 89. Selain berdoa untuk dikurniakan zuriat, doa ini juga boleh diamalkan selepas setiap kali solat agar jodoh kita dipercepatkan.

Teruskan merayu kepada Allah dengan niat untuk menyelamatkan agama dan mendapatkan keredhaan-Nya.

4. Sayangi keluarga & berkhidmat dengan lebih baik lagi
- Sementara kasih kita belum perlu dibahagikan dan peranan kita belum bertambah sebagai seorang isteri mahupun ibu, kita gunakanlah sepenuhnya kesempatan di setiap hari untuk lebih menyayangi ibubapa dan keluarga kita. Dahulu, hubungan saya dengan keluarga memang renggang dan jauh. Saya rasa sebab itu hidup saya banyak kekurangan dari segi berkat. Berkat dari Allah datang dari berkat ibubapa. Kalau ibubapa marah pada kita, akan adalah benda yang tak kena bakal terjadi pada anda pada hari yang sama. Lebih banyak kita beri kasih sayang pada ibubapa dan keluarga kita, insyaAllah, lebih banyak kasih sayang yang bakal kita terima. Mungkin dari orang yang belum kita kenali yang mungkin bakal jodoh kita?

5. Carilah muslimah/wanita lain yang sudi mendengar & ikhlas berkawan dengan kita
- Here's a bit of a tricky part. Kalau boleh carilah juga fellow muslimah yang masih bujang instead of yang sudah berumahtangga sebab ada antara kita yang senang tersentuh hati (macam saya) kalau mendengar 'nasihat' orang yang dah berkahwin sebab selalunya wanita ni cenderung nak menggunakan diri sendiri sebagai contoh 'terbaik' untuk kita ikuti. No offence pada yang dah berkahwin di luar sana, luka dalam hati orang kita tak tahu. Mungkin niat baik untuk memberi semangat pada si bujang tapi luka dia mungkin akan lebih tercalar kalau kita 'buka cerita' pasal keseronokan berumahtangga. Jadi, please do not get carried away. Sian kat sahabat yang bujang tu. Namun begitu, kita yang bujang ni boleh mendapatkan nasihat dan kata-kata pendorong dari mereka yang sudah berumahtangga lebih dari 7 tahun especially kalau dia tu kakak atau mak kita. Mereka lebih bijak dan matang dalam memilih kata-kata dan point2 yang sesuai untuk menjaga hati kita sebab dia pun nak kita bahagia.

6. Tumpang gembira atas kebahagiaan orang lain tapi digalakkan tutup dua-dua mata kalau tahu bakal tersentuh hati
- Semua ada account Facebook kan? Mesti dalam beratus-ratus dalam friendslist anda, ada sesetengah yang suka berkongsi semua perkembangan diri mereka. Bagi saya tak salah tapi kadang-kala ada yang sampai berlebih-lebih, riak dan menunjuk-nunjuk. Kita boleh pilih untuk tak tengok, which saves us quite a number of inclination to feel sad or God forbid, envious. Kalau yang kronik macam saya, tengok sekali cukuplah, cepat2 padam heheh Kita ucapkanlah syukur sebab ada sahabat yang mendapat berita baik seperti bakal mendirikan masjid atau bakal menimang cahaya mata. Tapi kalau dah tiap2 hari pun nak berasmaradana dengan suami di FB, baik tutup je. Hal rumahtangga nak kongsi di blog tak apa, orang boleh pilih nak baca atau tidak tapi di FB susah. Nak 'hide' tapi kita masih nak dapat khabar dari kawan. Macamanalah...

7. Banyakkan zikir & baca Al-Quran
- Siapa yang tak sedih, siapa yang tak sunyi bila diri sendiri masih berseorangan kan? Orang lain yang sebaya malahan lebih muda dari kita dah banyak bersuami. Kita mesti fikir apa salah kita? Teruk sangatkah kita ni sampai kebahagiaan kita 'tersekat'? So, this is what i do when those nights started to get lonely. Salah satu cara yang saya gunakan untuk menahan sebak atau menahan air mata dari mengalir adalah dengan berzikir. Baca Al-Quran pun boleh menenangkan jiwa. Kalau manusia biasa pun, bila dirayu-rayu, kita pun akan kesian. Inikan pula Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang. Tapi kita kena selalu tunaikan hak dia pada kita iaitu solat dan kasih sayang kita sebagai hamba-Nya.

8. Mandi Bunga? Tak perlulah
- Dulu masa saya masih jahil, saya percaya bulat-bulat yang mandi bunga tu boleh percepatkan jodoh dan buang sial. Memang bengap. Secara saintifiknya, ia adalah terapi aura untuk menyegarkan badan. Itu je. Terapi 'jodoh' yang terbaik hanyalah tetap air wudhuk.

9. Lindungi aurat dengan sebaik mungkin
- Rhonda Byrnes pernah menulis dalam bukunya "The Secret" bahawa tiada apa yang mustahil untuk anda jika anda 'menyediakan' diri anda seperti seolah-olah anda memang telah memiliki apa yang anda inginkan. Kalau tak faham, jika kita inginkan seorang suami, kita sediakan & latih diri kita untuk mengurus hidup seolah-olah kita sudah hidup berdua. Kita cuba atrukan hidup kita untuk menjadi lebih baik. Kalau katil Queen size tu anda tidur satu side, janganlah campak plushie/kain baju kat side yang kosong (sebab geram macam saya haha), kita kemaskan & sediakan tempat sebelah kita atas katil itu seolah-olah ada suami yang bakal mengisi. Gelombang otak kita akan menghantar signal pada universe (kelakar tapi mungkin benar) dan secara otomatiknya minda dan badan kita akan seiring dengan tujuan. InsyaAllah, you will when you start to believe that it will happen to you. Tapi jangan pula create imaginary husband. Itu salah. Tapi apa kaitan dengan aurat? Semua Muslimah WAJIB menutup & melindungi aurat mereka sebab dengan cara itu kehormatan kita sebagai wanita akan lebih terpelihara & kita akan lebih diberkati. Selain daripada itu, macam saya katakan sebelum ini, jika kita memelihara aurat untuk bakal zauj (suami) yang layak, dengan izin Allah, impian kita akan tercapai sebab saya percaya Allah s.w.t tak akan memberi kita kurnia selagi kita belum bersedia. Adakah muslimin yang sanggup menerima wanita yang bangga menayangkan setiap helai rambut dan kulit mereka kepada lelaki ajnabi sebagai bakal zaujah (isteri) mereka? Seorang wanita yang baik adalah untuk seorang lelaki yang baik, seorang lelaki yang baik adalah untuk seorang wanita yang baik. Begitu juga sebaliknya. Kalau inginkan seorang bakal zauj seperti Saidina Ali bin Abi Talib, kita kenalah berusaha menjadi seperti Saidatina Fatimah Az-Zahra ;) InsyaAllah.

10. Pasrah
- Jika kita tersepit dan hampir berputus asa, marilah kita tetap kuatkan hati untuk bersabar. In the end, hanya Allah sahaja yang tahu perjalanan cerita hidup kita di dunia ni macamana. Redhalah dengan ketentuan Allah. Sentiasalah berdoa dan jangan berputus asa. Jika ajal sampai dulu sebelum sempat kita mendirikan masjid, insyaAllah amalan yang kita kerjakan bakal mempertemukan kita dengan jodoh yang telah Allah tentukan di syurga-Nya nanti InsyaAllah.

Jangan kita berputus harap. Yakinlah. Berdoalah. Beramallah. Kita niatkan semuanya untuk Allah s.w.t sahaja. Semoga kita semua sama-sama bertemu dengan jodoh kita masing-masing. Jika tidak di dunia, insyaAllah di akhirat. Amin.

JazakAllahu Khair.

Wassalam...;)

No comments:

Post a Comment