Pages

Thursday, October 27, 2011

Once Upon A Time (2011) Tv Series: Nice!

  • Mood:
  • Listening to: One Love - Jennifer Lopez
  • Reading: Ornamental Nonsense's ClairexWesker FanFics :p
  • Watching: Once Upon A Time & The Walking Dead Season 2
  • Playing: Beads teehee
  • Eating: Mushroom soup with croutons
  • Drinking: Hot tea

ABC Family channel baru sahaja menyiarkan siri televisennya yang terbaru iaitu "Once Upon A Time" yang berkisarkan tentang kisah penduduk-penduduk Storybrook, Maine yang pada suatu masa terdahulu merupakan watak-watak dari kisah fairy tales popular tetapi akibat sumpahan Evil Queen, kesemua watak-watak tersebut telah terperangkap dalam penjara 'masa' & kehilangan identiti masing-masing di dunia kita. Namun, masih ada harapan kerana menurut premonition Rumpelstilstkin, puteri kepada Snow White & The Prince yang diberikan nama Emma bakal tampil menentang sumpahan permaisuri jahat tersebut dan menyelamatkan kesemua penduduk Enchanted Land tersebut tatkala baginda menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-28. Emma yang membesar di foster home & hidup bersendirian telah dipertemukan dengan anak lelakinya, Henry yang membawanya ke Storybrook & disitulah segala-galanya bermula.

Once Upon A Time dibarisi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Jennifer Morrison (House) sebagai Emma, Ginnifer Goodwin (Something Borrowed) sebagai Snow White, Josh Dallas (Thor) sebagai The Prince, Lana Parilla (LOST) sebagai Evil Queen.

Diterajui oleh penulis-penulis untuk tv series LOST, plot dan jalan ceritanya akan sedikit memeningkan pada awal episode pertama. What else can you expect from people who wrote LOST? haha With it's parallel universe story happening at the same time as the present. Senang nak confused. But you won't get lost with this story if you have sharp eyes and ears xD Tapi semua peminat fairy tales patut cuba tengok series ni dan cuba kenalpasti kesemua watak-watak popular sepanjang cerita ini dimainkan. Saya tak pasti samada ASTRO akan pick up cerita ni atau tidak but for the meantime download jelah dulu :P

Jennifer Morrison sebagai Emma

Ginnifer Goodwin sebagai Snow White

Seriously, pandai diorang gandingkan Jennifer Morrison dengan Ginnifer Goodwin sebagai mak & anak walaupun umur mereka lebih kurang sama di dunia nyata. Muka ada iras2.

Dan berita dari HitFix pagi tadi turut memberitahu bahawa Kristin Bauer van Stratern atau lebih dikenali sebagai Pam dari cerita True Blood akan membawa watak Maleficent **Sleeping Beauty, Anyone? ;)** dalam series ABC ni. Boleh imagine tak Kristen pakai makeup & baju ala-ala Disney villain tu? *__*

Lana Parilla yang memegang watak Evil Queen pula macam Susan Sarandon punya character dalam Enchanted tapi version muda. Pendek kata, cerita ni dipenuhi oleh banyak wanita-wanita awesome! Tak sabar tunggu episode 2 keluar.

Back to my story, jantung asyik berdebar je .__. Alas pula 3 1/2 baru siap sebab beads tak cukup *phail*

Kepada En. Qi, saya amat perlukan sokongan anda tatkala ini. Are you ready, B? :D

Daisypath Wedding tickers

Kalau saya rajin, saya buat review The Walking Dead Season 2 pula lepas ni :3
Lots Of Love,
Diyana

No comments:

Post a Comment