Pages

Wednesday, July 27, 2011

B2B Notes: Deko Meja #01- Buat-sendiri-lah @ Do-It-Yourself heehee

**Ya, saya tipu. Saya janji nak cerita pasal 'baby' baru tapi saya tak sempat snap gambar lagi T____T**
Kredit Sumber: yourweddingcompany

Salam semua, post kali ini adalah untuk berkongsi idea DIY yang saya terjumpa di internet. Terima kasih yang tak terhingga pada Sis Xora yang telah banyak memberi inspirasi pada saya untuk belajar & mencuba beberapa DIY items yang mungkin boleh diguna-pakai di hari-hari keramaian tak kiralah apa jua event sekalipun. But coretan hari ni lebih bertumpu kepada deko centrepiece untuk meja pengantin.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti:

  • Pasu Kaca/Gelas Kaca - 4" (1 )
  • Bunga Ros Palsu - Sedang-sedang saiz, ikut warna kegemaran atau tema anda (3 )
  • Gelas Minuman kecil (6 )
  • Scented candles - Apa-apa warna pun boleh (6 )
  • Kelopak bunga ros palsu yang telah diceraikan - Putih dsbg. (20-50 )
  • Riben Satin - #5 (38 inci)
  • Gunting yang tajam
  • Hot Glue Gun
  • Wire Cutters
  • Moss Hijau
  • Span Florist (yang warna hijau)
  • Measuring Tape atau Pembaris
Cara-cara nak membuat boleh diikuti rentetannya di page sumber, yourweddingcompany.

Jom mencuba! Bila saya dah siap try saya punya hasil, saya akan share di post yang lain ;D Weekend ni saya pergi cari barang nak buat heheh See you next post, chicas~ <3

Wassalam.

(P/s: Ucapan tahniah pada kakak Qi, Syara yang baru sahaja selamat melahirkan puteri sulung beliau yang dinamakan Alayna Zahra binti Adam Adham pada 25 Julai 2011 yang lalu. BarakAllah, Sis!)

2 comments:

  1. if ada ms, better DIY je :)

    jimat pon jimat...hihi

    ReplyDelete
  2. Betul Sis, kalau berjaya, ada buat extra, boleh kasi kat orang heehee

    ReplyDelete