Pages

Monday, July 25, 2011

Rukun Nikah ada berapa? *senyap* Rukun Solat? *senyap* = FAIL

Salam semua,

Macamana hari minggu anda? Did you manage to do something good for yourself? You did? Alhamdulillah ;) Saya dan Qi pun dah berjaya achieve something yang sangat berharga over the weekend yang baru berlalu. Iya, kami ber'dating' di Kursus Kahwin di Solaris Mont Kiara (diuruskan oleh Siarra & Dinderk [S&D]) sepanjang separuh hari hari Sabtu (2.30pm - 7.15pm) dan satu hari Ahad (9.00a.m-7.00pm) haha

Bukannya tak boleh diambil di area KL tapi, kami berjumpa dengan En. Amir (yang menguruskan kurus tersebut) pun by chance bila temankan sahabat Qi, iaitu En. Salam untuk pergi ambil Sijil Kursus Kahwin beliau dan tunang beliau, Cik Bella di Pelita Hartamas beberapa minggu lepas. Bila tengok sijil tu, i know that sijil tu merupakan sijil paling bermakna bagi setiap insan sebelum mereka mengikat jodoh mereka. Seriously, sijil menang competition pun tak ada banyak merit macam tu =P So, borak and borak, terus kami ambil keputusan untuk pergi hujung minggu baru-baru ni juga. Kami fikir senang, dah satu perkara tak perlu risau bila menjelang hari pernikahan kami InsyaAllah.

Hari pertama, kami belajar pasal Akhlak serta Kesihatan & Kewangan. Manakala hari kedua pula adalah Akidah, Ibadah, Komunikasi antara pasangan, Prosedur Perkahwinan and Pembubaran Perkahwinan. Penceramah semuanya memang best-best dan sangat seronok mendengar celoteh mereka. Mereka tak lokek berkongsi ilmu serta pengalaman dari menguruskan kes-kes rumahtangga klien2 mereka supaya boleh diambil iktibar. Bagi semua yang hendak menghadiri kursus kahwin ni, you have to walk in with an open mind and be mature. You kena buat sedikit bacaan pasal rukun-rukun serta ilmu fardu ain & fardu kifayah. Bukannya apa, takdelah bila penceramah bersoal-jawab dengan anda, anda terkebil-kebil nak jawab. Kalau ada cengkerik kat situ pun dah lama bunyi heehee Dan satu lagi, kena betulkan niat. Kebanyakkan muslimin & muslimat yang pergi kursus tu, saya perhati seolah-olah pergi sekadar untuk mendapatkan sekeping sijil sahaja kerana itu adalah undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia untuk bakal-bakal pengantin dan bukan untuk menuntut ilmu.

Mungkin anda telah membaca di blog2 B2B yang lain sebelum ini, but kalau nak baca lagi kat sini pun apa salahnya kan? =)


Apa-apa yang perlu dilakukan SEBELUM menghadiri kursus kahwin?

1. Betulkan niat.
- Kita pergi kerana hendak menuntut ilmu Allah dan nak belajar cara-cara untuk memperbaiki diri lagi sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Bila anda pergi kursus ni, anda akan dapat tahu bahawa hal nikah kahwin bukannya semua seronok belaka. Boleh je pergi sebab nak dapatkan sijil, kalau tak, tak boleh nikah but samada anda inginkan rumahtangga yang diberkati Allah, bahagia dunia akhirat atau seronok di dunia tapi derita kat akhirat? Terpulang pada anda. Orang yang berniat nak menuntut ilmu ni jikalau dalam perjalanan pergi dan balik, sesuatu malapetaka berlaku (Na'uzubillah), InsyaAllah dia akan mati dalam keadaan mati Syahid. MasyaAllah.

2. Bawa NRIC
- benda ni pun tak mungkin anda boleh lupa kalau memang sentiasa di dalam wallet kan? ;) Just in case, bawalah extra photostate copy IC anda. Ada tempat yang minta tapi kat S&D, tak perlu, cuma perlu pastikan yang nama anda semasa registration adalah sejibik macam dalam NRIC. Kalau nama tak ada binti, tak payah bubuh. Tapi ada binti/bt, make sure ejaannya pun sama macam dalam IC. Nombor IC pun pastikan sama. Jangan terconfuse.

3. Bawa RM80
- Sebagai yuran pendaftaran. Ini untuk menanggung kos tempat, penceramah, makan tengahari serta bahan-bahan bacaan & nota yang akan diberikan oleh pihak urusetia.

4. Pakai pakaian yang sopan dan menutup aurat
- Bagi sesiapa yang bertudung, benda ni bukan menjadi masalah. Bagi sesiapa yang tidak bertudung, this is the time for you to start to have more respect to yourself as a woman & to your religion. Kalau dalam IC ada tulis Islam, tapi kalau selama ni anda bersikap sambil lewa pasal tudung, have more decency. Ada yang tak pakai langsung, ada yang pakai bermusim/bertujuan dan ada yang pakai sekadar untuk mengaburi mata ibubapa. You know Allah is watching you. Kalau tak pakai tudung, cuba pakai. Busuk-busuk pun, pakailah selendang dan pastikan tak ada rambut yang ternampak serta pakailah pakaian yang sopan. Tak semestinya kena pakai baju kurung. Nak pakai jeans pun pakailah, anak-anak zaman moden kan sekarang ni =__=;; TAPI, make sure baju anda bukan dari chiffon (yang see-through fabric tu) dan JANGAN PAKAI LEGGINGS pergi kursus kahwin. Ya Allah Ya Rabbi. Pakai leggings tu macam keluar rumah pakai kain dalam je tau. Pakailah dress labuh atau loose shirt dan kalau pakai jeans tu pastikan bentuk punggung dan bentuk V kat depan tu tertutup. Satu lagi, ya, menutup kepala itu panas dan ya, memang saya tak patut cakap apa-apa kalau anda nak bantai buka tudung time rehat atau makan tapi beragak-agaklah. Berbuih mulut penceramah mengajar pasal calon isteri yang baik, kenapa perlu bebal sangat? Kita nak pergi majlis Allah, janganlah persendakan majlis itu serta mempersendakan penceramah. Ustaz pesan pasal menjaga aurat, alih2 habis sesi, turun bawah, nampak quite a number of pelajar2 perempuan a.k.a bakal isteri/bakal ibu ni yang buka tudung, bangga tayang rambut, tak sempat habis kursus pun *berapa kali saya facepalm kat situ* Takkanlah tak boleh pakai dua hari je pun? Penceramah bagi madu (ilmu) pada anda, anda pulak palit najis kat muka mereka?

5. Kain telekung
- Untuk ladies, kalau tak cuti, jangan lupa bawa kain sembahyang. Ada sesetengah orang memang particular, kena pakai sendiri punya. Tapi kalau rasa boleh pakai telekung wakaf, pakai jelah. Yang penting kita solat. Savvy? ;3 Kat Solaris tu, Surau dia di atas Cold Storage, betul-betul bersebelahan dengan Restoran Buffet Jepun Tenji yang nampak macam best tu hoho

Apa-apa yang perlu dilakukan SEMASA menghadiri kursus kahwin?

1. Lapangkan hati
- Mana yang keras, kita lembutkan (hati ya, bukan benda lain =P). Pasang niat, InsyaAllah, ilmu Allah tu akan masuk lancar sahaja ibarat air sungai yang tenang dan tidak putus-putus. Kalau hati bersih, insyaAllah ilmu kita dapat, pahala pun kita dapat.

2. Jangan malu bertanya
- Semua yang datang memang tak pernah berkahwin lagi jadi gunakan peluang sepenuh-penuhnya untuk bertanya apa-apa yang kurang jelas especially bab-bab ibadat. Pasal hal solat, bersuci dan lain-lain. Lelaki kena betul-betul fokus sebab mereka ni yang akan menjadi imam dalam keluarga. Tertinggal rukun, silap haribulan solat tak sah. Time saya tu pulak, Ustaz tak sempat nak elaborate lebih banyak pasal bab bersuci. Sayang betul. Kena belajar sendiri pasal bab-bab bersuci dari nifas, wiladah dan mandi junub T__T

3. Tahan mengantuk
- Ya memang kalau duduk lama-lama, sakit punggung tapi bersabarlah. S&D punya tempat kursus tu, semua cukup lengkap. Ada bilik air kat section belakang display, mereka ada sediakan kopi, teh bancuh sendiri, biskut marie kalau lapar, air masak kalau dahaga dan gula-gula. Saya dan Qi kebas banyak gula-gula diorang tapi last-last tak makan pun. Sebab tak ngantuk =P

4. Be a smartass. It's fine.
- Kenapa saya cakap macam tu? Sebab kat tempat saya pergi, yang lain-lain semua kebanyakkannya senyap. Ustaz tanya rukun nikah ada berapa? Kalau tak tahu, belek nota, tak apa. But kalau tanya pasal rukun solat pun tak lepas, Wallahualam, tolonglah perbaiki. Takkanlah benda fardu ain kita boleh lupa, melainkan dah lama tak buat. Buat last sekali pun masa kecil-kecil, itupun sebab takut kena marah dengan mak atau kena sebat dengan ayah. Tak apa kalau bila ustaz tanya pada anda, anda cuba juga jawab walapun was-was betul atau tidak. It shows that you are concentrating & you want to learn. Bukan setakat tahan mengantuk selama 1 1/2 hari semata-mata untuk mendapatkan sekeping sijil cuma.

5. Minds out of the gutter please- Bila bercakap pasal perkahwinan, jangan asyik dok fikir hubungan suami isteri secara fizikal je, tapi mental juga penting. Listen with an open mind, think and improve. No one's perfect but usaha nak perbaiki diri jangan sesekali berhenti.

6. Pay attention- Masa kursus kahwin ni anda akan akhirnya tahu bahawa nikah kahwin adalah serious business. Dengar macam seronoknya kahwin tapi bila dah belajar sedikit dari realiti perkahwinan, you will be thinking about your decision untuk bernikah. Ya, memang hubungan seorang lelaki dan perempuan yang bukan muhrim akan dihalalkan sebagai suami isteri selepas akad nikah yang sah. Tapi itu juga bermakna yang account pahala/dosa isteri yang sebelum ni dibuat atas nama ayahnya, sudah pun dipinda milik kepada si suami sejerus lepas lafaz ijab dan kabul. Jadi, bila isteri tak solat, tak tutup aurat, suami yang kena tanggung dosa isterinya sekali. Ada anak perempaun, selagi belum bersuami, kalau tak tutup aurat, solat dan sebagainya, akan turut ditanggung oleh sang suami itu. Ada beranikah?

7. Jangan ponteng
- Setiap session you kena duduk, kalau tak, you akan terlepas bila attendance sheet diberikan. Tak cukup signature, nama tak masuk .____.

Apa-apa yang perlu dilakukan SELEPAS menghadiri kursus kahwin?

1. Stay for a while
- Jangan bila penceramah bagi ucapan penutup dan salam anda terus angkat punggung nak keluar. Relax, tunggu dulu sebab pihak urusetia akan umumkan bila sijil kursus anda akan siap. Nak pos ke ambil sendiri ke macamana. Nak pos, kena bayar RM5 untuk postal charges. Sijil kami siap hari rabu. Oh yeah~ =D

2. Mengucapkan terima kasih pada penceramah dan pihak urusetia
- Tak salah kita menyatakan penghargaan pada mereka yang sanggup mengorbankan masa hujung minggu mereka bersama yang tersayang semata-mata untuk memberi ilmu kepada kita & juga melayan kerenah kita.

3. Berazam untuk menjadi seorang suami/isteri yang baik
- Mana-mana yang kita tahu ilmunya masih lemah, kita perkuatkan. Ada kelemahan, kita perbaiki.

Qi seronok sebab dah habis kursus but slide kat belakang tu tengah terangkan pasal cerai fasakh kihkih Adoyai.

But overall, saya sangat enjoy dan sangat berpuas hati dengan kursus kahwin tersebut. So, pada sesiapa yang berminat nak menghadiri kursus kahwin di Solaris Mont Kiara ni, bolehlah hubungi En. Amir (019-330 9973) atau En. Khairi (012-298 9815) untuk membuat tempahan atau boleh layari www.siarra-dinderk.com untuk maklumat yang lebih lagi. JazakAllahu Khair, kawan-kawan!

Wassalam.

p/s: Malam tadi kami dapat kacau pasangan Salam & Bella untuk dinner sama-sama and lepas tu, singgahlah di Uptown Danau Kota. Qi dan saya telah mendapatkan 'baby' baru X) Tapi apa dia tu? Tunggu next post ye? ;)

2 comments:

  1. nsb baik i da lps semua ni...hihi

    ReplyDelete
  2. Salam Nana,

    Nana dah jadi mantan pengantin ye? ;) Heehee terima kasih for the blog visit!

    ReplyDelete