Pages

Wednesday, April 21, 2010

+ Mittens - Buah hati pengarang jantung yang baru +

Dah lama tak menulis entri baru kat blog ni. Punyalah berlambak draft-draft entri tak terpublish kat sini =P Ada banyak cerita2 yang Anna nak kongsi dengan semua orang.

Hari Khamis minggu lepas Anna dengan Qi pergilah ke e@Curve for dinner and Qi punya company buat screening jadi selepas kerja Anna terus rush dari Ampang ke Kelana Jaya nak jumpa dengan Qi. For dinner, kami decide nak try this one Indonesian resto di sebelah Outpost yang dah ditutup kini. Namanya "Gerobak". Sajian utamanya mestilah makanan Jawa seperti Pecel Lele, Bakso, TehBotol (lawl) dan sebagainya. Harga2-nya memang berpatutan & sedap~ X)



Ambience dan setting yang best



Pecel Lele



Qi amat seronok dan masyuk menikmati pecel lelenya 8D



Bakso saya



Lepas dinner kami ikut colleagues Qi pergi ke screening "I Hate Valentine's Day" lakonan Nia Vardalos (My Big Fat Greek Wedding) & John Corbett. My review for the movie is very simple. Don't bother to watch it. It can't even please a so-so let alone a hardcore rom-com movie fan @__@

Habis screening around 11 ++ kami nak bergerak pulang tapi entah macam mana kami boleh terjumpa seekor anak kucing di tengah-tengah kotak parking di basement tu. Mungkin ibunya sorokkan anaknya tu di bawah kereta and entah macamana, nasib ia terjatuh. Anna tak sampai hati tengok dia terbiar di situ. Besarnya macam baru je lahir, matanya pun belum buka lagi. Anna terus seludup bawa balik ke rumah dan beri susu sebab ia nampak sangat penat dan dah nyawa-nyawa ikan.

Kecil je dia ni. macam anak tikus pun ada



Si comel Mittens menguap~ 8D



Comelnya dia tidur~ >__<



Tapi sebab Anna dah tak boleh bela kucing di rumah mak, maka Qi volunteer jadi 'full-time' papa kepada Mittens~ 8D You're the best Qi! Dengar kata Mittens dah makin gemuk semenjak dia duduk rumah Qi Jumaat lepas. Macamana agaknya rupa dia sekarang... owO Rindu pulak...Nasib baik ada Dante & Trish Jr. kat rumah buat pengubat hati T___T

No comments:

Post a Comment