Pages

Thursday, April 8, 2010

+ Tuesday Treats +

Hari Selasa hari tu, my bestie, Nanu gave me an awesome, awesome surprise treat from Sun Moulin. The bakery at Isetan~ Lihatlah betapa cantik & menyelerakan kek jem strawberi yang comel ni. Siap ada krim putar dan hirisan buah strawberi segar kat atas tu.

Waaah~


Ceng~ceng~ceng~


*w* Sangat best!


Inti jem yang sangat sedap~ yummm~ =D


Terima kasih banyak-banyak for the wonderful surprise Nanu! *heart* you so much!

Kemudian, pada awal hari Selasa tu, Qi kata dia ada surprise buat Anna. Ingatkan surprise apa rupa-rupanya dia bawa Anna pergi tayangan khas cerita Date Night di One Utama. Dibintangi oleh pelakon-pelakon komedi Hollywood yang terkemuka seperti Steve Carell & Tina Fey. Sebenarnya, dari 2 minggu lepas lagi kami patut pergi tengok movie ni tapi sebab Anna tersalah tengok tarikh tayangan percuma dari HOT magazine, maka melepaslah kami. Tapi alhamdulillah rupa-rupanya, tempat Qi buat internship sekarang ni ada bagi tiket untuk staffs xD Dapatlah kami tengok dua hari sebelum dia keluar kat cinema ahaks~



Filem selama 90 minit ini tak mungkin akan buat anda bosan. Walaupun tak ramai yang meminati Steve Carell, tapi bagi Anna dia tak kurang hebat bakatnya. Akhirnya gabungan Steve (sebagai Phil Foster) dan Tina (sebagai Claire Foster), ditambah pula dengan cameo dari artis-artis hebat lain seperti Mark Wahlberg (seorang security expert yang tak suka pakai baju langsung sepanjang scene-scenenya di dalam movie itu 8D), James Franco (ingat tak pelakon yang jadi anak Green Goblin dalam Spiderman? Dia jadi Taste, seorang penipu/penjenayah di mana identitinya 'diambil alih' oleh Phil ) Mila Kunis (Heroin Book of Eli - sebagai partner Taste). Hanya kerana ingin menikmati makan malam istimewa dengan isteri tersayangnya, Claire, pasangan ini terpaksa menghadapi pelbagai cubaan dan dugaan yang menggelikan hati serta pelbagai keadaan huru-hara terjadi. Things just can't get any worse for this two. Nak tahu apakah kesudahannya, tontonilah ia di pawagam mulai hari ini 8D But make sure jangan terlepas scene pole-dancing mereka berdua ni. Korang takkan stop ketawa!

No comments:

Post a Comment