Pages

Tuesday, April 6, 2010

+ Salam semua....=) +

Salam & Selamat Datang kepada semua yang sudi melawat blogspot Anna yang baru dilahirkan ni. Seperti yang sebahagian daripada anda tahu, Anna ada satu lagi blog yang ditulis dalam bahasa Inggeris sepenuhnya khusus buat portfolio hobi istimewa Anna iaitu cosplay/costume modelling & ACG. Oleh kerana kedua-dua 'persona' dalam diri Anna ni tak boleh dicampurkan kerana mereka masing-masing mempunyai suara hati & kecenderungan yang amat berbeza, Anna terpaksa wujudkan sebuah lagi blog untuk berlaku adil =D Walaubagaimanapun, persona sahaja berbeza tetapi orangnya tetap sama 8)

Blog ini khusus untuk kalian yang kenal Anna di dunia nyata secara peribadi terutama sekali buat kawan-kawan sepengajian lama di MRSM-Yayasan Terengganu Dungun, MRSM transit Muar, MRSM Pengkalan Chepa serta Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM/UTEM-kini). Tidak lupa juga kepada rakan-rakan alam maya (virtual) yang baru dikenali, selamat datang ke dunia saya~

No comments:

Post a Comment