Pages

Thursday, April 8, 2010

+ Sony Expo & Qi's Birthday +

Hari Sabtu yang lepas (3rd April) Anna & Qi dapat invite ke Sony Expo di Midvalley Exhibition Center (MVEC). Ada banyak aktiviti-aktiviti kat ekspo tersebut seperti promosi barangan digital Sony dan juga tidak ketinggalan, Sony Cosplay Competition. Pada awalnya, Qi & Anna memang nak turut serta bertanding tapi hasrat dibatalkan atas sebab2 yang tidak dapat dijangkakan. Tapi kami masih juga pergi untuk memberikan sokongan pada teammates Resident Evil kami, Chris Redfield (Fahimi) dan Sheva Alomar(Yuo-chan).

~Vogue kan?~ Yuo sebagai Sheva Alomar dari Resident Evil 5



Dalam berjalan-jalan sambil menunggu Nanu sampai, kami terjumpa dengan seorang adik yang bawa pet cat-nya ke expo tu. Kucingnya tu nama Mimi tapi dia tu kucing jantan sebab dah kena 'potong' 8D Tapi comel kan Mimi ni?



~Fara & Kids, anak-anak dara yang bergaya hebat di Sony Ekspo~ =D


Bila Nanu dah sampai dalam pukul 1 lebih, Anna, Qi, Fara, Kids, Beat, Kuro, Aiko & Dyrenz pun gather kat depan entrance sebelum bergerak ke Redbox di The Gardens sebab kami nak buat suprise birthday buat Qi. Sesi karaoke kami bermula pada pukul 3 dan Shaun (Hisa) pun turut join we all sekitar pukul 3.30 ptg. Jenuh jugalah kami menyanyi dalam bilik karaoke tu selama 4 jam tapi siap ada buffet and all. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Puas hati!

~Lihatlah gaya anak-anak teruna mendendangkan lagu Backstreet Boys. Macam "high" je semua 8D~


Terima kasih yang tak terhingga pada Nanu, Fara, Kids, Beat, Aiko, Dyrenz, Hisa & Kuro kerana sama-sama membantu Anna menjayakan surprise outing + birthday celebration untuk Qi. Kepada Qi tercinta, kami semua sayangkan Qi. Semoga tahun ini dan tahun-tahun yang akan datang membawa lebih banyak kegembiraan & kejayaan untukmu. Anna sangat gembira sebab berjaya buat Qi happy sangat2! InshaAllah, hari lahir tahun depan pasti akan lebih meriah =)

No comments:

Post a Comment