Pages

Friday, November 11, 2011

Inspirasi Perkahwinan: Weds-in-Fictions [Anime-tion & Games]

  • Mood:
  • Listening to: Chris Brown (for now)
  • Reading: La Tahzan Hard Cover <--Daliza bagi hadiah tunang+birthday *w*
  • Watching: American Horror Story Season 1 Episode 5
  • Playing: Nothing
  • Eating: Hantaran Chocolates ;p
  • Drinking: Barley coffee
Mood kahwin dah mula menyala padahal baru je nak genap seminggu bertunang xD Sambil berlayar-layar di lautan internet mencari inspirasi design-design, tiba-tiba teringat yang adalah beberapa series fictions (games & animes) yang saya pernah tengok & ikuti sebelum ni ada featurekan weddings.

Dari saya sekolah rendah lagi memang minat dengan manga & anime. Itupun minat tu datang sendiri sebab masa saya darjah 5 dulu, cerita SailorMoon mula disiarkan kat MetroVision. Comics House pun dah mula translate manga dia dari bahasa Nippon ke Melayu. Kirim kat classmate tolong belikan & then rajin jalan-jalan dengan kakak saya di Kotaraya sebab masa tu kat situ banyak sangat kedai2 yang jual barang-barang anime old school ;0 SailorMoon merupakan series shoujo saya yang pertama. Manakala Comic artist yang bertanggungjawab dalam menarik minat saya kepada manga shounen pula adalah Ma Wing Shi & Tony Wong hehe Siapa yang tak pernah tahu & baca Alam Perwira, Juara Wira & Dewata Raya, memang rugi kot :p

Namun, menyentuh pasal video games pula, saya mula bermain di konsol pertama yang abang saya beli masa saya umur 6 tahun iaitu SEGA Genesis. Game first saya suka main: Golden Axe 1 & 2. Tyris Flare memang heroin VG pertama saya suka sampailah saya kenal Trish dari Devil May Cry & Claire Redfield dari Resident Evil selepas lebih 15 tahun.

Saya dah lama tinggal tengok anime-anime ni, lepas samada cerita dia dah mula tak best, heroin favorite saya sudah tiada (mati atau storyline habis), cerita dah mula mengarut ataupun sebab dah jadi overrated. Tapi seingat-ingat saya, ini adalah beberapa wedding dress yang memorable dalam anime sebelum ini:

Love Hina - Keitaro & Naru's Wedding

Pink-tinged matching outfits. So romantic!
Rosario Vampire - Moka Akashiya

Fitted design dengan simple ruffles with gloves. Traditional yet easy on the eyes :)

Cover manga Volume 6

Code Geass - Euphemia

Tak sure ini canon version atau tak tapi dress yang dual tone (cream + white) ni pun sesuai dipakai masa wedding

Dan yang paling memorable semestinya:

SailorMoon - Usagi & Mamoru

Rose-themed white dress & coat Mamoru punya design sangat cantik. IDEA! *ting*

Bersama bridesmaids a.k.a Sailor Senshi yang lain

Dalam games pula, ada beberapa wedding scenes yang boleh menyentuh perasaan walaupun game jenis action adventure ;)

FFX - Yuna & Seymour

Walaupun tak sempat kahwin tapi scene di altar tu memorable sangat sebab Tidus datang untuk halang wedding tu :p Seymour walaupun jahat tapi muka dia handsome xD Kenapa VG villains kebenyakkannya muka tampan, badan segak (macam Wesker)? They made it hard for us to hate them. Damn :p

Lagi design baju pengantin Yuna Braska dalam game FFX

FFXII - Ashe & Rasler **kot...x ingat nama husband dia haha


Lagi concept design untuk pasangan ni. Dari sketches pun dah boleh agak detailings outfit macamana OwO

Dan pasangan yang terakhir sekali (buat masa ni),

Metal Gear Solid 4 - Meryl & Johnny Sasaki

Diorang ni couple favorite saya dalam MGS kerana scene Meryl yang melamar Johnny ketika dalam crossfire telah meng-OWNed love scene EVA & Snake secara tidak langsungnya haha

Okaylah, setakat ini sahajalah yang saya dapat kongsikan. Kalau ada idea lagi, saya sambung dalam entri lain. Kalau sesiapa ada idea nak kongsi, silalah holler di box bawah ;)

Till next entry.

Lots Of Love,
Diyana

No comments:

Post a Comment